IIUM Repository

Langkah bijak memperkukuh institusi Islam

Ab Aziz, Shamrahayu (2018) Langkah bijak memperkukuh institusi Islam. Berita Harian.

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (614kB) | Preview
[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (824kB) | Preview

Abstract

SESUNGGUHNYA perkenan raja-raja bagi penubuhan Jawatankuasa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam Peringkat Persekutuan bertepatan pada masanya. Ia dilihat sebagai suatu usaha untuk mengangkat dan menzahirkan kedaulatan Raja-Raja Melayu berkaitan hal ehwal dan martabat Islam. Penubuhannya tepat pada masa kerana institusi Islam kini berada dalam suasana persepsi negatif yang begitu berleluasa. Kewibawaan dan keberkesanan institusi Islam sentiasa menjadi persoalan. Bahkan, apabila diperhatikan, adakalanya apa yang dikatakan persepsi itu ialah kenyataan sebenarnya institusi Islam. Sebelum ini, belum pernah wujud inisiatif formal bagi meneliti perkara ini sehingga muncul beberapa keadaan tidak selesa dalam hubungan di antara istana dan institusi Islam pada peringkat Persekutuan. Dari segi punca kuasa penubuhannya, jawatankuasa tertinggi ini ialah tindakan pentadbiran di bawah kuasa umum Majlis Raja-Raja berkaitan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran raja-raja dalam Perkara 38 dan kuasa raja-raja sebagai ketua agama Islam di negeri-negeri dan kuasa Yang di-Pertuan Agong berkenaan Islam. Ini masing-masing berdasarkan Perkara 3(2) dan (5) Perlembagaan Persekutuan. Terma rujukan lantikan jawatankuasa yang disebut secara ringkas dalam kenyataan media Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja termasuklah, 'mengkaji kedudukan pengurusan hal ehwal Islam pada peringkat Persekutuan, latar belakang penubuhan, bidang kuasa, serta keberkesanan agensi agama yang sedia ada termasuk agensi perundangan dan penghakiman Syariah pada peringkat Persekutuan'. Jawatankuasa tertinggi diketuai oleh bekas Ketua Setiausaha Negara, Tun Ahmad Sarji dan timbalannya ialah Felo Oxford Centre for Islamic Studies, Datuk Dr Afifi al-Akiti dengan ahli; bekas Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Emeritus Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan; bekas Mufti Johor, Datuk Nooh Gadot dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Wan Mohamad Datuk Sheikh Abdul Aziz. Mereka diberikan tempoh lima bulan untuk menjalankan tugasnya ini.

Item Type: Article (Newspaper)
Additional Information: 1552/67231
Uncontrolled Keywords: memperkukuh institusi Islam, perlembagaan Raja-Raja
Subjects: K Law > K Law (General)
K Law > KPG Malaysia
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws > Department of Islamic Law
Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws
Depositing User: DR. SHAMRAHAYU A. AZIZ
Date Deposited: 05 Nov 2018 12:07
Last Modified: 05 Nov 2018 12:07
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/67231

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year