IIUM Repository (IREP)

Kitab perubatan Melayu: rumah ubat di Pulau Penyengat

Raja Hassan, Raja Haji Ahmad and Mohd Shafri, Mohd Affendi (2018) Kitab perubatan Melayu: rumah ubat di Pulau Penyengat. Akademi Jawi Malaysia, Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. ISBN 9789671571613

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (3MB) | Request a copy

Abstract

Keistimewaan terbitan kami: - dilengkapi dengan perūmīan bernota kaki, senarai ubatan dan formulasi, senarai penyakit dan kitāb - naskhah Jāwī dilampirkan - cetakan warna pada kertas bermutu tinggi - latarbelakang kegiatan keilmuan dan amalan perubatan di Pulau Penyengat Ringkasan: Sebuah daftar ramuan ubatan dan daftar aturan menggunakan khidmat tukang ubat atau ṭabīb atau doktor. Walaupun naskhah ini kelihatan ringkas, tetapi ia penting dinilai kerana keunikannya sebagai naskhah perubatan Melayu yang terawal dicetak, dan oleh Percetakan Riyauwiyah iaitu salah satu rumah cetak kepunyaan orang Melayu yang terawal pula. Selain itu, penulisnya adalah seorang ṭabīb diraja Keṣultanan Riau yang bergiat aktif dalam penulisan dan persatuan seperti Kelab Rushdiyah. Beberapa aspek penting naskhah ini termasuklah memberikan sedikit gambaran tentang tataamalan seorang doktor Melayu di Riau, cabaran yang dihadapinya secara logistik dan penyakit-penyakit yang sering ditemui mashārakat ketika itu. Keistimewaan kitab ini: Rumah Ubat di Pulau Penyengat dicetak di Matba‘ah Riauwiyah di Pulau Penyengat pada tahun 1894, menjadikannya sebagai naskhah bercetak perubatan Melayu yang tertua sekali di alam Melayu, iaitu setahun lebih awwal daripada tarikh tercetaknya naskhah Ṭayyib al-Iḥsān fī Ṭibb al-Insān karya Shaykh Aḥmad al-Faṭānī (1895).

Item Type: Book
Additional Information: 6845/66954
Uncontrolled Keywords: kitab perubatan Melayu, rumah ubat, Pulau Penyengat
Subjects: R Medicine > RZ Other systems of medicine
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes: Kulliyyah of Allied Health Sciences
Depositing User: Dr Mohd Affendi Mohd Shafri
Date Deposited: 25 Oct 2018 09:12
Last Modified: 25 Oct 2018 09:15
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/66954

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year