Mohd Shafri, Mohd Affendi (2018) Jaringan hubungan ilmuwan perubatan Melayu: satu pemetaan awal berdasarkan manuskrip-manuskrip perubatan Melayu. In: International Conference on Malay Medical Manuscripts 2018, 8th-9th Sept. 2018, Kuala Lumpur.
PDF
- Published Version
Restricted to Registered users only Download (2MB) | Request a copy |
Abstract
Manuskrip-manuskrip perubatan Melayu yang bertebaran di merata tempat di dunia merupakan dokumentasi ilmiah tentang pandangan dan pengamalan masharakat Melayu tentang perbahanan ubatan, kaedah peramuan bahan dan pemerian penyakit. Dengan bertambahnya bilangan manuskrip-manuskrip perubatan Melayu yang dikaji dan diperkenalkan semula dasawarsa ini, satu pemetaan awal terhadap kewujudan rangkaian interaksi antara para ilmuwan perubatan di Alam Melayu akan dibentangkan. Pemetaan ini dibuat bersandarkan manuskrip-manuskrip perubatan Melayu seperti kitab Tib Terengganu MS 1998.400, MSS2515, serta maklumat-maklumat lain seperti buku katalog manuskrip, dan artikel berkaitan tokoh yang terbabit. Sekurang-kurangnya tiga rangkaian teras dapat ditelusuri membabitkan teras Patani, Aceh dan Riau-Pontianak. Pemetaan awal ini akan dapat memberikan konteks yang lebih jelas terhadap kegiatan ilmuwan-ilmuwan tersebut serta menyingkap asal-muasal terhadap pandangan dan pengamalan perubatan Melayu.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Speech/Talk) |
---|---|
Additional Information: | 6845/66952 |
Uncontrolled Keywords: | perubatan Melayu, sains Melayu, ilmuwan perubatan Melayu, manuskrip perubatan Melayu |
Subjects: | R Medicine > RZ Other systems of medicine |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Allied Health Sciences |
Depositing User: | Dr Mohd Affendi Mohd Shafri |
Date Deposited: | 25 Oct 2018 09:00 |
Last Modified: | 24 Jan 2019 15:35 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/66952 |
Actions (login required)
View Item |