IIUM Repository

Hak kanak-kanak dari aspek hadhanah dan nafkah: di bawah undang-undang keluarga Islam di Malaysia

Abdul Hak, Nora (2004) Hak kanak-kanak dari aspek hadhanah dan nafkah: di bawah undang-undang keluarga Islam di Malaysia. In: Simposium Kebangsaan Kebajikan Kanak-kanak 2004, 21-22 July 2004, Gurney Resort Hotel, Penang. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF (Hak kanak-kanak dari aspek hadhanah dan nafkah: di bawah undang-undang keluarga Islam di Malaysia) - Presentation
Download (247kB) | Preview

Abstract

Kanak-kanak adalah penerusan ummah. Justeru itu, sebagai insan yang teristimewa kanak-kanak perlu diberi belaian kasih sayang, permerhatian, didikan dan pembelaan sesempurna mungkin oleh kedua-dua ibubapa. Ibubapa hendaklah benar-benar memahami tanggungjawab serta peranan masing-masing di dalam mendidik dan membimbing anak-anak mereka. Dalam Islam kanak-kanak dianggap sebagai insan yang bersih sebagaimana satu maksud hadith Nabi Muhammad s.a.w. telah mengumpamakan kanak-kanak seperti sehelai kain putih yang akan mencorakkan ataupun yang mewarnai jiwa, hati nurani, perasaan dan pembesaran kanak-kanak dalam menghadapi cabaran masa depan ialah ibubapa dan persekitaran sekelilingnya sendiri. Jika persekitaran itu baik maka akan baiklah jiwa, hati nurani dan pembesaran kanak-kanak tadi. Tetapi jika sebaliknya berlaku ianya akan menjadi ancaman bukan sahaja kepada kehidupan kanak-kanak atau ibubapa mereka, malah masyarakat dan negara akan hidup dalam kucar-kacir. Selain dari tugas utama ibubapa sebagai pendidik dan pembentuk sahsiah anak-anak mereka untuk menjadi manusia berguna, ibubapa juga bertanggungjawab untuk menjaga, memberi perlindungan serta mengawasi mereka. Ini termasuklah menyediakan segala keperluan harian anak-anak mereka. Kanak-kanak bergantung sepenuhnya dari segi keperluan harian mereka kepada ibubapa. Menyediakan keperluan harian ini dikenali sebagai nafkah dalam Islam. Manakala permeliharaan dan pengawasan dikenali sebagai hadhanah. Kedua-dua perkara ini amat dititikberatkan oleh Islam. Islam sebagai ugama yang syumul dan lengkap menekankan kebajikan dan kepentingan kanak-kanak sebagai pertimbangan yang utama dalam menentukan hak nafkah dan hadhanah kanak-kanak. Di Malaysia peruntukan undang-undang tentang hak kanak-kanak dari segi hadhanah dan nafkah telah dibuat demi menjamin yang kepentingan kanak-kanak ini terpelihara.

Item Type: Conference or Workshop Item (UNSPECIFIED)
Additional Information: 807/6564
Subjects: K Law > KBP Islamic Law
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws > Department of Legal Practice
Depositing User: Prof. Dr. Nora Abdul Hak
Date Deposited: 07 Dec 2011 13:00
Last Modified: 19 Oct 2023 09:12
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/6564

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year