Abdul Hak, Nora
(2004)
Hak kanak-kanak dari aspek hadhanah dan nafkah: di bawah undang-undang keluarga Islam di Malaysia.
In: Simposium Kebangsaan Kebajikan Kanak-kanak 2004, 21-22 July 2004, Gurney Resort Hotel, Penang.
(Unpublished)
Preview |
|
PDF (Hak kanak-kanak dari aspek hadhanah dan nafkah: di bawah undang-undang keluarga Islam di Malaysia)
- Presentation
Download (247kB)
| Preview
|
Abstract
Kanak-kanak adalah penerusan ummah. Justeru itu, sebagai insan yang teristimewa kanak-kanak perlu diberi belaian kasih sayang, permerhatian, didikan dan pembelaan sesempurna mungkin oleh kedua-dua ibubapa. Ibubapa hendaklah benar-benar memahami tanggungjawab serta peranan masing-masing di dalam mendidik dan membimbing anak-anak mereka. Dalam Islam kanak-kanak dianggap sebagai insan yang bersih sebagaimana satu maksud hadith Nabi Muhammad s.a.w. telah mengumpamakan kanak-kanak seperti sehelai kain putih yang akan mencorakkan ataupun yang mewarnai jiwa, hati nurani, perasaan dan pembesaran kanak-kanak dalam menghadapi cabaran masa depan ialah ibubapa dan persekitaran sekelilingnya sendiri. Jika persekitaran itu baik maka akan baiklah jiwa, hati nurani dan pembesaran kanak-kanak tadi. Tetapi jika sebaliknya berlaku ianya akan menjadi ancaman bukan sahaja kepada kehidupan kanak-kanak atau ibubapa mereka, malah masyarakat dan negara akan hidup dalam kucar-kacir.
Selain dari tugas utama ibubapa sebagai pendidik dan pembentuk sahsiah anak-anak mereka untuk menjadi manusia berguna, ibubapa juga bertanggungjawab untuk menjaga, memberi perlindungan serta mengawasi mereka. Ini termasuklah menyediakan segala keperluan harian anak-anak mereka. Kanak-kanak bergantung sepenuhnya dari segi keperluan harian mereka kepada ibubapa. Menyediakan keperluan harian ini dikenali sebagai nafkah dalam Islam. Manakala permeliharaan dan pengawasan dikenali sebagai hadhanah. Kedua-dua perkara ini amat dititikberatkan oleh Islam. Islam sebagai ugama yang syumul dan lengkap menekankan kebajikan dan kepentingan kanak-kanak sebagai pertimbangan yang utama dalam menentukan hak nafkah dan hadhanah kanak-kanak. Di Malaysia peruntukan undang-undang tentang hak kanak-kanak dari segi hadhanah dan nafkah telah dibuat demi menjamin yang kepentingan kanak-kanak ini terpelihara.
Actions (login required)
|
View Item |