IIUM Repository

Pengurusan nafkah anak yatim menurut perspektif fiqh dan Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia: teori, kefahaman dan amalan masyarakat

Hamid, Siti Nur Hazimah and Ahmad, Bahiyah and Abd Khalil, Shahidra and Mohd Marzuki, Zunaidah (2018) Pengurusan nafkah anak yatim menurut perspektif fiqh dan Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia: teori, kefahaman dan amalan masyarakat. In: The 2nd Islamic Management Development Conference (IMDeC 2018, 27 - 28 June 2018, Merbok, Kedah.. (Unpublished)

WarningThere is a more recent version of this item available.
[img] PDF
Restricted to Repository staff only

Download (126kB) | Request a copy
[img] PDF
Restricted to Repository staff only

Download (461kB) | Request a copy
[img] PDF
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy
[img] PDF
Restricted to Repository staff only

Download (303kB) | Request a copy

Abstract

Pengurusan nafkah anak yatim mengikut teori fiqh bermula dengan perpindahan tanggungjawab pembiayaan nafkah anak yatim kepada ahli waris anak yatim tersebut. Secara umumnya, fiqh telah membahaskan dengan jelas mengenai peralihan kewajipan ini, termasuk syarat-syarat ahli waris yang layak menyara anak yatim dan susunan ahli waris yang lebih perlu bertanggungjawab dalam pembiayaan nafkah tersebut. Teori ini kemudiannya dikodifikasikan sebagai undang-undang bertulis di dalam Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia yang telah meletakkan aturan syarak tersebut sebagai perkara yang mengikat setiap muslim di negara ini dan mempunyai implikasi undang-undang sekiranya dilanggar. Kajian ini justeru, dijalankan bagi melihat pengurusan nafkah anak yatim dan tanggungjawab ahli waris yang berevolusi dari fiqh seterusnya kepada undang-undang bertulis di Malaysia. Kajian ini juga dijalankan bagi menilai kefahaman masyarakat mengenai tanggungjawab ahli waris dalam nafkah anak yatim dan amalannya di dalam masyarakat. Metodologi analisis kandungan digunakan bagi melihat teori fiqh dan undang-undang, sementara kajian edaran soal selidik kepada 400 responden telah dijalankan bagi menilai tahap kefahaman masyarakat. Amalan masyarakat pula telah dinilai melalui temu bual mendalam semi berstuktur dengan responden hakim-hakim daripada mahkamah syariah terpilih dan beberapa orang pengurus rumah anak yatim di sekitar Lembah Klang. Dari sudut pengurusan nafkah anak yatim, ianya telah berevolusi daripada hukum-hukum yang terdapat di dalam kitab-kitab fiqh kepada peruntukan Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia yang telah diperuntukkan melalui seksyen 61 sehingga 81 bagi Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor. Walaupun hasil dapatan soal selidik masyarakat pula menunjukkan hampir keseluruhan iaitu 93.2% responden mengetahui nafkah wajib ditanggung oleh ahli waris apabila bapa meninggal dunia 67.6% mengetahui apabila bapa ghaib atau hilang, 60.2% apabila bapa sakit yang tidak mampu bekerja, namun hanya separuh responden yang mengetahuiadanya peruntukan undang-undang yang boleh memerintahkan ahli waris supaya memberi nafkah. Berlainan dengan dapatan amalan, hasil temu bual mendapati tahap pengamalan masyarakat masih lagi rendah berbanding tahap pengetahuan mereka mengenai tanggungjawab ahli waris dalam menafkahi anak yatim sama ada dalam memberikan sokongan material (nafkah) ataupun sokongan moral. Hakim-hakim pula menjelaskan bahawa selalunya tiada tuntutan dibuat oleh pihak anak yatim bagi menuntut nafkah ke atas ahli waris. Kesimpulannya, kefahaman masyarakat mengenai tanggungjawab ahli waris dalam nafkah anak yatim adalah pada tahap yang agak memuaskan, namun bukan bagi tahap amalan dan pelaksanaan sepertimana yang telah dilaporkan di dalam hasil temu bual.

Item Type: Conference or Workshop Item (Plenary Papers)
Additional Information: 4938/64740
Uncontrolled Keywords: Pengurusan nafkah, anak yatim, ahli waris, kefahaman, amalan masyarakat
Subjects: K Law > KBP Islamic Law > KBP1 Islamic law.Shariah.Fiqh
K Law > KBP Islamic Law > KBP1 Islamic law.Shariah.Fiqh > KBP174 Observances and practice of Islam
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences
Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Qur’an and Sunnah
Depositing User: Zunaidah Mohd Marzuki
Date Deposited: 19 Jul 2018 16:35
Last Modified: 19 Jul 2018 16:35
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/64740

Available Versions of this Item

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year