Ahmad, Nadzrah and Solihin, Sohirin Mohammad and Amir, Ahmad Nabil (2018) Isu-isu fiqh dalam Tafsir al-Qur’an al-Karim karangan al-Ustaz H. A. Halim Hasan, H. Zainal Arifin Abbas dan Abdul Rahim Haitami. Journal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 17 (2). pp. 1-16. ISSN 2289-6325
PDF
- Published Version
Restricted to Registered users only Download (274kB) | Request a copy |
Abstract
Kertas ini menganalisis secara ringkas tentang corak penafsiran fiqh dalam Tafsir al-Qur’an al-Karim, yang dikerjakan oleh tiga orang ulama tafsir dari Sumatera Utara; Abdul Halim Hassan, Zainal Arifin Abbas dan Abdul Rahim Haitami. Usaha penafsiran dan penulisannya dilatarbelakangi oleh kekuatan pengaruh mazhab Syafi‘i yang tersebar dan dipegang oleh masyarakat Islam di nusantara. Ia banyak mengambil fatwa-fatwa ulama dan ijma‘ fuqaha dalam penafsiran ayat-ayat al-Qur’an. Penafsirannya menampakkan aliran hukum dan corak fiqh yang ketara dalam perbahasan dan pentarjihan fiqh dan perumusan hukum syar‘i. Pandangan-pandangan fiqh yang muktabar diangkat dari karya-karya tafsir klasik dan moden seperti Tafsir al-Manar oleh Sayid Muhammad Rashid Rida dan Syaikh Muhammad Abduh, Tafsir al-Jawahir oleh Tantawi Jawhari, Tafsir al-Tabari, al-Qurtubi dan Ibn Kathir. Reka bentuk kajian adalah berasaskan kajian kepustakaan menggunakan analisis kandungan. Metode kajian bersifat deskriptif dan analitis dengan memaparkan pandangan dan manhaj hukum yang dibentangkan dalam tafsir ini. Hasil kajian mendapati para pentafsir kitab berusaha membawakan tafsiran mazhab yang seimbang, dan merumuskan pandangan fiqh yang moderate dan inklusif yang meraikan konteks masyarakat Islam yang rencam dan plural di nusantara.
Actions (login required)
View Item |