IIUM Repository

Analisis kesalahan tatabahasa Bahasa Melayu dalam karangan pelajar asing di sebuah institusi pengajian tinggi awam

Kasiran, Siti Baidura and Rosly, Nurul Jamilah (2011) Analisis kesalahan tatabahasa Bahasa Melayu dalam karangan pelajar asing di sebuah institusi pengajian tinggi awam. In: 2nd International Language Conference 2011, 22nd-24th April 2011, IIUM. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF (Analisis Kesalahan Tatabahasa Bahasa Melayu dalam Karangan Pelajar Asing di Sebuah) - Presentation
Download (127kB) | Preview

Abstract

Kajian ini dilakukan bertujuan menganalisis kesalahan tatabahasa dalam kalangan pelajar asing yang mempelajari kursus Bahasa Melayu II untuk Pelajar Asing (LM 1011) di sebuah institusi pengajian tinggi awam. Kajian dilakukan terhadap 40 pelajar asing yang dipilih secara rawak dengan menggunakan penulisan karangan mereka sebagai data kajian. Data kajian juga dikukuhkan dengan dapatan soal selidik daripada 10 orang guru/pensyarah yang mengajar kursus Bahasa Melayu untuk Pelajar Asing di universiti ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar asing melakukan kesalahan tatabahasa seperti kesalahan penggunaan aspek kata, frasa, ayat dan ortografi. Hasil kajian juga mendapati bahawa kesalahan ortografi iaitu kesalahan penggunaan ejaan dan huruf besar/kecil paling banyak dilakukan pelajar (270 kesalahan). Kesalahan kedua tertinggi pula ialah kesalahan aspek ayat iaitu ayat tunggal dan ayat saduran (98 kesalahan), diikuti kesalahan aspek frasa iaitu frasa nama, frasa kerja dan frasa sendi nama (65 kesalahan). Kesalahan yang paling rendah dari segi kekerapan ialah kesalahan penggunaan aspek kata iaitu imbuhan, kata hubung dan kata pemeri (57). Berdasarkan soal selidik, kebanyakan pelajar melakukan kesalahan tatabahasa disebabkan gangguan bahasa ibunda, sikap pelajar dan keadaan persekitaran bahasa di universiti. Bagi menangani masalah ini, strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa hendaklah ditingkatkan. Bimbingan yang berterusan daripada guru/pensyarah, pembelajaran bahasa melalui multimedia serta penganjuran aktiviti bahasa seperti kuiz, lakonan dan lawatan penting dalam menggalakkan pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar asing.

Item Type: Conference or Workshop Item (Full Paper)
Additional Information: 3487/6212
Uncontrolled Keywords: tatabahasa Bahasa Melayu, Malay language, foreign students
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD) > Bahasa Melayu Division
Depositing User: Siti Baidura Kasiran
Date Deposited: 20 Oct 2011 16:30
Last Modified: 11 Jan 2012 19:10
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/6212

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year