IIUM Repository (IREP)

Pendekatan harmoni Syeikh Dawud al-Fatani dalam isu -isu Akidah dalam masyarakat Melayu: tumpuan terhadap polemik ayat-ayat Mutasyābihāt

Mohamad, Hasbullah (2017) Pendekatan harmoni Syeikh Dawud al-Fatani dalam isu -isu Akidah dalam masyarakat Melayu: tumpuan terhadap polemik ayat-ayat Mutasyābihāt. In: International Seminar on Islamic Civilization & Thoughts (INSIST) 2017, 20th November 2017, Penang, Malaysia.

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Shaykh Dawud al-Fatani merupakan di antara ulama dan pengarang terulung di Kepulauan Melayu pada akhir kurun ke-18 dan 19. Beberapa karangan beliau telah menjadi rujukan utama di Alam Melayu dalam ilmu akidah, fiqh, dan tasawwuf. Sebahagian kitab-kitab beliau seperti al-Durr al-Thamin, Munyat al-Musalli, Furu’ al-Masa’il dan Minhaj al-Abidin menjadi rujukan penting dalam pengajian ilmu di sana. Ini membuktikan bahawa pengaruh beliau amat besar dan signifikan. Di samping kesarjanaannya yang tinggi dalam pelbagai disiplin ilmu, beliau juga mempunyai pendekatan yang unik di dalam mengupas isu-isu akidah khususnya dalam masyarakat Melayu yang menjadi perbahasan di kalangan ulama di zamannya. Di dalam isu ayat-ayat Mutasyabihat, beliau menyelesaikan polemik Salaf dan Khalaf dengan mengambil pendekatan harmoni untuk megelakkan perpecahan terutamanya di kalangan masyarakat Melayu. Kajian ini bertujuan untuk memastikan bagaimanakah beliau menggunakan pendekatan harmoninya di dalam menguruskan polemik tersebut dengan mengambil kira tahap dan status keilmuan seseorang sebagai asas penilaiannya ke arah mencapai matlamat akidah iaitu ma’rifat Allah (mengenal Allah). Penggunaan dalil-dalil naqli dan aqli juga merupakan sebahagian daripada metodologi beliau dalam menguruskan perkara tersebut. Justeru, kajian ini akan menyerlahkan kematangan dan kesarjanaan beliau di dalam perkembangan ilmu khususnya di Kepulauan Melayu yang boleh menjadi panduan untuk generasi kini dalam menelusuri polemik masyarakat Islam secara harmoni.

Item Type: Conference or Workshop Item (Plenary Papers)
Additional Information: 4889/61071
Uncontrolled Keywords: Shaykh Dawud al-Fatani, Ma’rifat Allah, Salaf dan Khalaf, Naqli dan Aqli, Pendekatan Harmoni, Ayat-Ayat Mutasyabihat
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam > BP87 Islamic Literature. Islamic authors
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam > BP87 Islamic Literature. Islamic authors > BP88 Individual authors, A-Z
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes: Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of General Studies
Depositing User: Dr Hasbullah Mohamad
Date Deposited: 07 Mar 2018 16:04
Last Modified: 29 Jun 2018 11:20
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/61071

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year