IIUM Repository (IREP)

Amalan kutipan zakat rentas sempadan tanpa tauliah: satu penelitian awal

Ismail, Ibrahim and Abdul Hamid, Mohamed Hadi (2017) Amalan kutipan zakat rentas sempadan tanpa tauliah: satu penelitian awal. In: Memperkasa kutipan zakat dan agihan zakat di Malaysia. Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia, pp. 73-88. ISBN 9789674403850

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

Download (3MB) | Request a copy

Abstract

Kutipan zakat tanpa tauliah Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) merupakan satu kesalahan seperti mana yang terkandung di dalam kebanykan enakmen/ akta jenayah Syariah yang ada di setiap negeri. Artikel ini bertujuan untuk membuat tinjauan awal ke atas amalan kutipan yang dilakukan tanpa tauliah MAIN. Tinjauan ini mendapati terdapat ketidakseragaman undang-undang di antara negari-negeri yang menyaksikan sesetengah negeri tidak mempunyai peruntukan tersebut. Tinjauan juga mendapati terdapat kes pendakwaan yang telah dibawa ke Mahkamah Syariah atas pertuduhan mengutip zakat tanpa tauliah dan tertuduh juga telah disabitkan kesalahan. Ini menunjukkan segala kesalahan mengutip zakat tanpa tauliah bukanlah suatu sangkaan atau spekulasi semata-mata tanpa kejadian yang benar-benar berlaku. Beberapa cadangan diberikan untuk memperkemaskan penguatkuasaan ke atas amalan kutipan zakat tanpa tauliah supaya wang zakat tidak 'tilis' dan jatuh ke tangan pihak-pihak yang tidak bertanggunjawab, sekaligus melindungi usaha MAIN untuk membantu para asnaf melalui pengagihan zakat yang menjadi bidang kuasa mereka.

Item Type: Book Chapter
Additional Information: 248/59759
Uncontrolled Keywords: Zakat, amil, tanpa tauliah, majlis agama islam, penguatkuasaan
Subjects: K Law > K Law (General)
K Law > KBP Islamic Law
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes: Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws > Department of Civil Law
Depositing User: Assoc. Prof. Ibrahim Ismail
Date Deposited: 30 Nov 2017 12:07
Last Modified: 03 Feb 2018 15:47
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/59759

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year