IIUM Repository (IREP)

Konsep perubatan Islam dalam Tafsir al-Azhar

Ahmad, Nadzrah and Amir, Ahmad Nabil (2017) Konsep perubatan Islam dalam Tafsir al-Azhar. Jurnal Darul Quran, 21. pp. 74-100. ISSN 2229-9130

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (10MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini mengenal pasti peranan yang dimainkan oleh Hamka (1908-1981) dalam mengkaji perubatan Islam yang dikemukakan dalam tafsirnya. Ia bertujuan untuk membincangkan idea dan pelaksanaan perubatan Islam yang dibahaskan dalam Tafsir al-Azhar serta metode yang dikembangkan dalam penafsiran ayat-ayat shifa dan ruqyah dalam al-Qur’an. Ia merangkumi amalan dan perawatan spiritual, mental, dan fizikal. Metode kajian adalah bersifat huraian dan analisa secara kritikal dengan mengetengahkan ayat-ayat al-Qur’an yang berkait dengan ilmu perubatan dan melihat penafsiran dan kupasan oleh Hamka dalam menggali hikmah dan kefahaman ayat-ayat tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pada asasnya fikrah dan idea perubatan (tibb) yang diketengahkan dalam tafsir beliau berbentuk tafsiran falsafah, tanpa menggariskan pelaksanaan perubatan yang mendalam. Namun, pemikiran ini merupakan tunggak kajian kepada konsep perubatan dalam Islam dan permulaan kepada kajian yang lebih mendalam. Perbincangannya lebih menekankan pada keseimbangan jiwa dan raga, spiritual dan material, rohani dan jasmani sebagai asas daripada pemikiran tibb yang dikembangkan dan kefahaman yang digarap dalam mengistinbat hukum.

Item Type: Article (Journal)
Additional Information: 4634/58393
Uncontrolled Keywords: Hamka, Tafsir al-Azhar, Perubatan Islam
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam > BP100 Sacred books > BP130 Works about the Qurʼān
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam > BP160 General works on Islam
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam > BP173.77 Islam and work
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes: Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences
Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Qur’an and Sunnah
Depositing User: DR NADZRAH AHMAD
Date Deposited: 19 Sep 2017 09:13
Last Modified: 13 Sep 2018 15:52
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/58393

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year