Abd Rahman, Saodah (2017) Kejahilan mendekati murtad, ateis. Utusan Malaysia. p. 10.
|
PDF
- Published Version
Download (669kB) | Preview |
Abstract
PERKARA berkaitan ideologi atau pegangan hidup seperti murtad dan ateis sukar untuk diatasi melalui hukuman atau perundangan. Umat Islam sepatutnya mengkaji secara menyeluruh faktor-faktor yang mendorong seseorang menjadi murtad dan ateis. Kepercayaan adalah berkaitan perasaan dan hati nurani. Justeru apabila timbulnya isu murtad dan berfahaman ateis di Malaysia, maka sewajarnya umat Islam keseluruhannya terutama golongan ulama, cendekiawan dan pemimpin bermuhasabah dan merenung sejauh manakah kefahaman akidah Islam telah menyerap sepenuhnya dalam naluri dan pemikiran umat Islam di negara ini. Dalam era globalisasi dunia yang tidak tertakluk kepada sempadan geografi maka tidak mungkin kita dapat menyekat penyebaran ideologi atau kefahaman agama lain dalam kalangan umat Islam terutamanya apabila corak kehidupan mereka sendiri sudah berubah menjadi masyarakat metropolitan yang bercirikan sekularisme dan hedonisme.
Item Type: | Article (Newspaper) |
---|---|
Additional Information: | 369/58288 |
Uncontrolled Keywords: | murtad, ateis |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam > BP168 Apostasy from Islam |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Usul al-Din and Comparative Religion |
Depositing User: | Dr. Saodah Abd Rahman |
Date Deposited: | 07 Sep 2017 15:39 |
Last Modified: | 07 Sep 2017 15:39 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/58288 |
Actions (login required)
View Item |