IIUM Repository

Wasatiyyah sebagai satu pendekatan strategik kearah kesejahteraan dan keharmonian masyarakat

Yaakub, Muhamadul Bakir and Othman, Khatijah (2017) Wasatiyyah sebagai satu pendekatan strategik kearah kesejahteraan dan keharmonian masyarakat. Jurnal Persatuan Kaunselor Pendidikan Malaysia Bil. III, III (1). pp. 15-27. ISSN 2232-0067

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (6MB) | Request a copy
Official URL: http://www.pekakpm.org/

Abstract

Kewujudan kepelbagaian persanaliti diri, ciri bangsa, agama dan budaya dalam sesabuah masyarakat adalah satu realiti dan hakikat semulajadi kewujudan dan kehidupan masyarakat manusia itu sendiri. Bersandarkan kepada realiti dan hakikat inilah kajian ini dijayakan demi mengenal pasti apakah makanisma yang telah disediakan oleh Tuhan yang telah menciptakan semua manusia dan kemanusiaan itu sendiri? Kajian ini juga beranggapan bahawa penemuan makanisma yang semulajadi itu pastinya mempunyai daya tahan yang semulajadi pula untuk mengekalkan kesinambungan, kesejahteraan dan keharmonian manusia itu sendiri sebagai satu makhluk yang hidup berkeluarga, dan berkumpulan yang bersifat kermasyarakatan. Dengan kata lain, kewujudan perbezaan personaliti diri tidak sewajarnya mencetuskan keresahan bermasyarakat, begitu juga seterusnya dengan kewujudan pelbagai bangsa dan agama. Malangnya, hakikat sebegini tidak berlaku dalam realiti kehidupan masyarakat dunia semasa. Oleh yang demikian, tujuan utama kajian ini ialah untuk mencari satu model pendekatan yang telah diamalkan dizaman Nabi SAW dalam menyatupadukan sesabuah masyarakat sehingga terbentuknya satu ummah yang terdiri daripada pelbagai personaliti diri, asal bangsa dan keturunan sehinggalah kepada perbezaan agama dan kebudayaan. Jawapan kepada isu-isu berbangkit dalam kajia ini ialah perlu wujudnya satu kefahaman ‘Wasatiyyah’ yang jelas dalam melayari kehidupan, bermula daripada perlakuan individu, seterusnya membina tata-cara hubungan kemasyaratan yang berorentasikan dasar dan pinsip-prinsip Wasatiyyah yang secara tabienya adalah bersifat fitrah, yang menjadi keperluan kepada setiap individu dan juga masyarakat untuk hidup dalam keadaan sejahtera dan harmoni.

Item Type: Article (Journal)
Additional Information: 1669/57881
Uncontrolled Keywords: kepelbagaian, personaliti, bangsa, agama, wasatiyyah dalam kemanusiaan
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF173 Psychoanalysis
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Arabic Language and Literature
Depositing User: Dr. Muhamadul Bakir Yaakub
Date Deposited: 08 Aug 2017 11:19
Last Modified: 21 Apr 2018 18:49
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/57881

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year