IIUM Repository

Wabak demam kepialu (Tifoid) di daerah Bachok, Kelantan Mac - Mei 2005

Mohd. Sultan, Hamizah and Mohd. Noor, Norhayati and A. Rahman, Nor Azlina and Wan Sulaiman, Wan Shukri and Harun, Abdullah (2005) Wabak demam kepialu (Tifoid) di daerah Bachok, Kelantan Mac - Mei 2005. Malaysian Journal of Public Health Medicine, 5 (2). pp. 45-49. ISSN 1675–0306

[img]
Preview
PDF (Wabak demam kepialu (tifoid) di daerah Bachok, Kelantan Mac - Mei 2005) - Published Version
Download (241kB) | Preview

Abstract

Penyakit tifoid adalah penyakit berjangkit bawaan air dan makanan yang disebabkan oleh Salmonella typhii. Penyakit ini berlaku di seluruh dunia dan endemik di Kelantan. Pada April 2005, terdapat peningkatan kes tifoid yang dinotifikasi di daerah Bachok dan wabak telah diistiharkan. Pasukan siasatan telah dibentuk di mana setiap kes disiasat dengan segera dan tindakan kawalan telah diambil seperti pemeriksaan dan penutupan premis makanan, kerja-kerja sanitasi dan pendidikan kesihatan. Pengesanan kes secara aktif juga telah dilakukan. Mukim Gunong mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 46.3%. Majoriti daripada kes terdiri daripada pelajar. Dua pembawa dari kalangan kontek juga turut dikesan. Lekuk epidemik menggambarkan berlakunya wabak punca lazim. Lima daripada 111 bilangan sampel air dan dua daripada 146 bilangan sampel makanan yang diperiksa adalah positif terhadap Salmonella spesies tetapi tiada yang positif terhadap Salmonella typhii. Meskipun Pasar Jelawat merupakan lokasi yang disyakki sebagai punca utama jangkitan, ianya tidak dapat disahkan melalui penyiasatan dan ujian makmal.

Item Type: Article (Journal)
Additional Information: 5509/5746
Uncontrolled Keywords: Tifoid, Wabak.
Subjects: R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA0421 Public health. Hygiene. Preventive Medicine
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Allied Health Sciences > Department of Basic Health Sciences (Until June 2011)
Depositing User: Dr. Nor Azlina A Rahman
Date Deposited: 10 Jul 2013 15:50
Last Modified: 30 Jun 2022 11:51
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/5746

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year