IIUM Repository

Kitab perubatan Melayu: ar-Rahmah fi at-Tibb wa al-Hikmah

Mohd Shafri, Mohd Affendi and Muhammad Yahya, Hermansyah (2017) Kitab perubatan Melayu: ar-Rahmah fi at-Tibb wa al-Hikmah. Akademi Jawi Malaysia, Kuala Lumpur.

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (3MB) | Request a copy

Abstract

Kitāb Perubatan Melayu: al-Raḥmah fī al-Ṭibb wa al-Ḥikmah merupakan sebuah kitāb yang mengkhusus kepada ‘ilmu perubatan yang bersifat Islamik dan saintifik, ditulis oleh Shaykh ‘Abbās Kuta Karang, seorang ulamā’ berasal dari Aceh (w. November 1895). Penulisannya mengambil masa empat tahun dan selesai pada 1853, sejurus sebelum berlakunya perang saudara Aceh pada 1854. Kitāb Perubatan Melayu: al-Raḥmah fī al-Ṭibb wa al-Ḥikmah terdiri dari lima bāb yang mengandungi unsur asas kepada tubuh badan manusia, bahan-bahan makanan dan ubatan, faktor yang mempengaruhi keadaan kesihatan, ubat-ubatan untuk beberapa penyakit terpilih dan penyakit-penyakit ‘am. Penggunaan kata tempatan Aceh dalam menamakan penyakit dan bahan ubatan dalam kitāb ini memperkayakan periṣṭilāḥan perubatan yang belum terdapat dalam mana-mana kamus iṣṭilāḥ perubatan Melayu, samada yang diusahakan oleh pihak kolonial atau badan berwajib selepas kemerdekaan. Kitāb ini mempunyai sumbangan yang jelas terhadap ilmu perubatan, periṣṭilāḥan perubatan dan fenomena bahasa serta mempunya beberapa sisi-sisi menarik yang menanti untuk dibahas dan dikaji sarjana perubatan, botani, zoologi, mineral, bahasa, sejarah, serta kebudayaan. Shaykh Abbas sepanjang hayatnya pernah menjadi qāḍī dan penasihat kepada dua sultan Aceh, serta bekerjasama dengan Tengku Chik di Tiro dalam perang Sabil menentang Belanda yang meletus pada tahun 1873.

Item Type: Book
Additional Information: 6845/57081
Uncontrolled Keywords: ar-Rahmah fi at-Tibb wa al-Hikmah
Subjects: R Medicine > R Medicine (General)
R Medicine > RS Pharmacy and materia medica
R Medicine > RZ Other systems of medicine
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Allied Health Sciences > Department of Biomedical Science (Effective:1st July 2011)
Depositing User: Dr Mohd Affendi Mohd Shafri
Date Deposited: 26 May 2017 17:04
Last Modified: 10 Jan 2018 15:48
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/57081

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year