IIUM Repository

Nutrien pemakanan dan kesannya terhadap hukum halal = nutrients in food and the halal status

Mat Jubri@Shamsuddin, Mustafa (2017) Nutrien pemakanan dan kesannya terhadap hukum halal = nutrients in food and the halal status. In: INTERNATIONAL CONFERENCE ON LAW AND ISLAMIC JURISPRUDENCE (ICLIJ2017), 29 April 2017, Langkawi, Kedah. (Unpublished)

[img] PDF - Accepted Version
Restricted to Repository staff only

Download (979kB) | Request a copy

Abstract

Nutrien pemakanan adalah zat yang terkandung dalam makanan dan minuman, dan ia adalah maksud sebenar dan tujuan utama manusia melakukan perbuatan makan dan minum. Ini kerana makanan dan minuman adalah satu cara manusia memelihara dan memulihara kesihatan tubuh badan untuk tujuan yang dikehendaki Allah iaitu ibadah. Kesihatan dan ketidakmudaratan tubuh badan menjadi satu matlamat yang dicapai melalui jalan pemakanan benda-benda yang mempunyai nutrien yang baik. Oleh yang demikian, sewajarnya proses penghalalan produk makanan dan minuman mengambil kira aspek nutrien yang terkandung di dalamnya dari sudut kesannya terhadap kesihatan, dan bukan hanya sekadar mengambil kira aspek ketiadaan bahan yang diharamkan. Kajian ini menjurus kepada persoalan bagaimana seharusnya hukum halal bagi makanan dan minuman itu merangkumi kesan yang terhasil dari nutrien pemakanan ke atas pengguna. Kajian ini akan menggunakan metode kualitatif dengan menjadikan kaedah-kaedah syarak sebagai sandaran dalam menilai sejauh mana nutrien pemakanan memberi kesan dalam hukum halal terhadap produk makanan dan minuman. Kehalalan makanan dan minuman tidak hanya terbatas dengan melihat apa terkandung sahaja bahkan perlu juga mengambil kira apa yang terhasil dan terkesan darinya.

Item Type: Conference or Workshop Item (Plenary Papers)
Additional Information: 5233/56950
Uncontrolled Keywords: Nutrien, halal, pemakanan, ijtihad, maqasid
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Fiqh and Usul al-Fiqh
Depositing User: Dr. Mustafa Mat Jubri @ Shamsuddin
Date Deposited: 17 May 2017 11:56
Last Modified: 17 May 2017 11:56
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/56950

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year