Jamani, Nurjasmine Aida (2016) Jangkitan kulat semasa menyusu. The Malaysia Medical Gazette.
|
PDF
Download (519kB) | Preview |
Abstract
Pernahkah anda berasa perit dan pedih pada puting payudara ketika dan selepas menyusukan walaupun sebelum ini anda tiada masalah ketika penyusuan? Sekiranya anda berasa demikian, anda berkemungkinan mengalami jangkitan kulat Candida pada puting payudara dan anda harus mendapatkan rawatan. Apakah kulat Candida? Kulat candida merupakan sejenis kulat yis yang hidup di sekitar kulit manusia dan kebiasaannya tidak menimbulkan masalah. Walaubagaimanapun, pertumbuhan kulat yang tidak terkawal atas sebab beberapa faktor boleh menyebabkan jangkitan kulat yang dipanggil ‘Candidiasis’. Jangkitan kulat pada puting payudara sering terjadi kepada ibu-ibu yang menyusu. Sekiranya ibu mengalami jangkitan kulat ‘Candida’ pada puting payudara, kebiasaannya bayi mereka turut akan terkena jangkitan kulat tersebut pada lidah dan bahagian dalam mulut bayi yang dikenali sebagai seriawan serta ruam lampin. Hal ini boleh menyebabkan si bayi kurang atau tidak mahu menyusu kerana rasa sakit dalam mulutnya.
Item Type: | Article (Magazine) |
---|---|
Additional Information: | 5696/55220 |
Subjects: | R Medicine > RG Gynecology and obstetrics R Medicine > RJ Pediatrics R Medicine > RJ Pediatrics > RJ101 Child Heatlh. Child health services. Preventive health services for children R Medicine > RL Dermatology |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Medicine > Department of Family Medicine (Effective: 1st January 2011) |
Depositing User: | Dr Nurjasmine Aida Jamani |
Date Deposited: | 14 Feb 2017 18:24 |
Last Modified: | 18 May 2018 15:22 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/55220 |
Actions (login required)
View Item |