IIUM Repository

Mushaf Al-Quran serta hubungannya dengan Tariq Al-Syatibiyyah dan Al-Jazariyyah

Abd. Hamid, Felza Zulhibri (2018) Mushaf Al-Quran serta hubungannya dengan Tariq Al-Syatibiyyah dan Al-Jazariyyah. Jurnal Al-Sirat, 2018-1. pp. 62-75. ISSN 1823-4313

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (931kB) | Preview

Abstract

Mushaf al-Quran yang digunakan oleh sembilan puluh lima peratus umat Islam di dunia termasuklah di Malaysia adalah berdasarkan riwayat Hafs bin Sulayman al-Kufi. Adapun pembacaan bagi riwayat ini tertakluk kepada dua aliran iaitu aliran Syatibiyyah dan aliran Jazariyyah. Kedua-dua aliran ini begitu masyhur sehinggakan apabila memperkatakan tentang apa sahaja perkara yang melibatkan pembacaan al-Quran termasuklah mushafnya akan timbul pendapat yang menyandarkannya kepada kedua-dua aliran ini. Bertitik tolak daripada permasalahan tersebut, telah timbulnya kekeliruan dikalangan masyarakat apabila mereka mencampurkan identiti mushaf riwayat Hafs dengan aliran pembacaan riwayat Hafs. Hal ini demikian apabila memperkatakan tentang mushaf ianya melibatkan beberapa cabang ilmu antaranya diambil secara langsung daripada Rasullullah s.a.w dan ada yang diambil daripada ketetapan para qurra’. Terdapat juga perkara yang tidak ada kaitan langsung dengan aliran al-Syatibiyyah mahupun al-Jazariyyah. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk menyingkap kefahaman yang tepat mengenai ruang lingkup mushaf al-Quran dan hubungannya dengan aliran al-Syatibiyyah dan al-Jazariyyah. Ia juga bertujuan memperlihatkan secara umum bahawasanya mushaf tersebut mempunyai berbagai cabang ilmu sepertimana yang telah digarapkan oleh para ulama dalam ilmu ulum al-Quran. Kajian berbentuk diskriptif ini akan membahaskan pandangan para qurra berkaitan mushaf al-Quran serta cabang ilmu yang terkandung didalamnya dan kaitannya dengan kedua-dua aliran tersebut. Kesemua data dianalisis menggunakan metode induktif dan deduktif. Hasil kajian menunjukkan bahawasanya tidak semua cabang ilmu yang terdapat di dalam mushaf riwayat Hafs boleh disandarkan kepada tariq al-Syatibiyyah dan al-Jazariyyah. Hal ini demikian terdapat cabang ilmu yang telah diakui tawfiqiyyah daripada Rasullullah s.a.w dan tidak kurang juga yang berdasarkan ijtihadiyyah daripada para qurra. Maka dengan ini jikalau kefahaman ini tidak diperjelaskan secara terperinci kepada masyarakat umum, dikhuatiri masyarakat akan terkeliru tentang aspek tawfiqiyyah dan aspek ijtihadiyah dalam mushaf al-Quran khususnya mushaf riwayat Hafs bin Sulayman al-Kufi.

Item Type: Article (Journal)
Additional Information: 4906/55135
Uncontrolled Keywords: Mushaf Al-Quran, Hafs bin Sulayman, Aliraj Al-Syatibiyyah, al-Jazariyyah
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam > BP100 Sacred books > BP130 Works about the Qurʼān
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam > BP100 Sacred books > BP134 Qur'an
L Education > L Education (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD) > Tilawah Al-Quran Divsion
Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD)
Depositing User: Felza Zulhibri Abd Hamid
Date Deposited: 08 Jan 2021 11:21
Last Modified: 08 Jan 2021 11:21
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/55135

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year