IIUM Repository

Aplikasi alatan sistem pengukuran dalam pengurusan alam sekitar

Abu Samah, Mohd Armi and Shaarai, Amir Hamzah and Bawon, Paiman, eds. (2016) Aplikasi alatan sistem pengukuran dalam pengurusan alam sekitar. IIUM, Kuala Lumpur. ISBN 978-983-41410-4-2

[img]
Preview
PDF
Download (5MB) | Preview

Abstract

Buku bertajuk “Aplikasi Alatan Sistem Pengukuran Dalam Pengurusan Alam Sekitar” ini dapat digunakan sebagai bahan rujukan kepada masyarakat umum mahupun pelajar yang ingin mendapatkan maklumat terutamanya berkenaan pengurusan alam sekitar. Buku ini ditulis dengan tujuan untuk memberikan pendedahan kepada pembaca berkenaan alatan sistem pengukuran dalam pengurusan alam sekitar dan aplikasinya. Kefahaman pembaca mengenai aplikasi alatan sistem pengukuran ini dapat mendorong individu untuk mengambil peranan yang lebih aktif dalam memahami aspek alam sekitar. Buku ini juga bertujuan untuk memupuk rasa kecintaan masyarakat kepada pengurusan alam sekitar seterusnya mendorong masyarakat untuk memulihara alam sekitar agar persekitaran yang selamat dan sihat terjamin untuk generasi akan datang. Pada dasarnya, generasi kini adalah merupakan individu yang meminjam alam sekitar daripada generasi akan datang. Oleh itu, wajib bagi kita untuk memulangkan semula alam sekitar ini kepada anak-anak kita dalam keadaan baik atau lebih baik dari sebelumnya. Selain itu, buku ini boleh menjadi bahan rujukan untuk pelajar Ijazah Sains (Alam Sekitar dan Kesihatan Pekerjaan), Ijazah Bioteknologi khususnya dalam bidang Bioteknologi Alam Sekitar dan bidang-bidang lain yang berkaitan alam sekitar. Buku ini juga boleh menjadi bahan bacaan tambahan untuk pelajar dalam pelbagai disiplin Sains seperti sains biologi, Sains kimia, Sains Alam Sekitar dan sebagainya. Buku ini dilihat dapat menambah koleksi buku sedia ada yang berkaitan dengan pengurusan alam sekitar dan diharap boleh dimanfaatkan oleh pelbagai peringkat masyarakat. Umumnya, buku ini mengandungi tujuh topik yang berkisarkan aplikasi alatan sistem pengukuran dalam pengurusan alam sekitar. Antara topik yang dibincangkan ialah kualiti pengurusan sekitaran menyeluruh, analisis garis produk, analisis aliran bahan, ekologi industry, teknologi bersih, audit alam sekitar dan penilaian kitar hayat. Ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan ditujukan buat semua penulis yang menyumbangkan bahan penulisan sehingga terbentuknya buku ini.

Item Type: Book
Additional Information: 7301/54963
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Science
Depositing User: Dr Mohd Armi Abu Samah
Date Deposited: 26 Jan 2017 11:19
Last Modified: 26 Jan 2017 11:19
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/54963

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year