Mat Jubri@Shamsuddin, Mustafa (2016) Pengubahan semula jantina bagi pelaku transeksual mengikut sudut pandang Fiqh = Surgical restoration of the gender from the Fiqhi point of view. Journal of Education and Social Sciences (JESOC), 5. pp. 111-117. ISSN 2289-9855
PDF
- Published Version
Restricted to Repository staff only Download (531kB) | Request a copy |
Abstract
Umum mengetahui bahawa pengubahan jantina atau transeksual adalah diharamkan di dalam Islam bahkan ia dikategorikan sebagai dosa besar. Ini kerana sekiranya Islam melarang penyerupaan antara jantina yang berlainan maka pengubahan dari satu jantina kepada jantina yang lain lebih lagi dilarang. Hukum ini jika dilihat dari sudut Fiqh maka ia adalah kerana maksud penipuan dan pengubahsuain ciptaan Allah yang terkandung dalam masalah ini. Dan jika ia dilihat dari sudut Usul Fiqh maka ia adalah kerana pertentangan terhadap tujuan ( مقصد ) penciptaan manusia berbeza jantina untuk saling melengkapi di samping menjadi sebab ujian ( ابتلاء ) dalam membezakan tingkatan manusia. Umum membincangkan isu transeksual ini dari sisi pandang pra-situasi iaitu hukum melakukan pengubahan jantina bagi mereka yang belum melakukannya kerana mengambil kira konsep pencegahan kemudaratan ( منع الضرر ). Kajian ini menjurus kepada isu transeksual dari sisi pandang pasca-situasi iaitu hukum melakukan pengembalian semula jantina bagi mereka yang telah mengubahnya dalam mengambil kira konsep penghilangan kemudaratan ( رفع الضرر ). Transeksual adalah kemudaratan yang dicegah sekiranya belum berlaku dan dihilangkan sekiranya telah berlaku. Sejauh manakah kewajipan melakukan pengubahan jantina untuk mengembalikan jantina asal bagi mereka yang telah sedar dan kembali kepada ajaran Islam? Jika pengubahan jantina kali kedua ini wajib, apakah hukum-hukum fiqh yang berkaitan dengannya? Jika pengubahan jantina kali kedua ini tidak wajib apakah pula hukum-hukum fiqh yang berkaitan dengannya? Persoalan-persoalan ini menjadi asas permasalahan dalam kajian ini dengan memfokuskan kepada pasca situasi transeksual dari aspek hukum-hukum fiqh yang berkaitan dengan mengambil kira metodologi Usul Fiqh dan pemeliharaan Maqasid Shariah.
Item Type: | Article (Journal) |
---|---|
Additional Information: | 5233/53126 |
Uncontrolled Keywords: | Hukum, Fiqh, Transgender, Transeksual, Ijtihad, Maqasid |
Subjects: | K Law > KBP Islamic Law > KBP1 Islamic law.Shariah.Fiqh |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Fiqh and Usul al-Fiqh |
Depositing User: | Dr. Mustafa Mat Jubri @ Shamsuddin |
Date Deposited: | 06 Dec 2016 14:52 |
Last Modified: | 06 Dec 2016 14:52 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/53126 |
Actions (login required)
View Item |