Mat Jubri@Shamsuddin, Mustafa (2016) Hukum fiqh berkaitan pasca transeksual. In: 2nd Kuala Lumpur International Islamic Studies and Civilisations (KLiiSC2 2016), 8th-9th Oct. 2016, Kuala Lumpur.
This is the latest version of this item.
PDF
- Published Version
Restricted to Repository staff only Download (1MB) | Request a copy |
Abstract
Umum mengetahui bahawa pengubahan jantina atau transeksual adalah diharamkan di dalam Islam bahkan ia dikategorikan sebagai dosa besar. Ini kerana sekiranya Islam melarang penyerupaan antara jantina yang berlainan maka pengubahan dari satu jantina kepada jantina yang lain lebih lagi dilarang. Hukum ini jika dilihat dari sudut Fiqh maka ia adalah kerana maksud penipuan dan pengubahsuain ciptaan Allah yang terkandung dalam masalah ini. Dan jika ia dilihat dari sudut Usul Fiqh maka ia adalah kerana pertentangan terhadap tujuan ( مقصد ) penciptaan manusia berbeza jantina untuk saling melengkapi di samping menjadi sebab ujian ( ابتلاء ) dalam membezakan tingkatan manusia. Umum membincangkan isu transeksual ini dari sisi pandang pra-situasi iaitu hukum melakukan pengubahan jantina bagi mereka yang belum melakukannya kerana mengambil kira konsep pencegahan kemudaratan ( منع الضرر ). Kajian ini menjurus kepada isu transeksual dari sisi pandang pasca-situasi iaitu hukum melakukan pengembalian semula jantina bagi mereka yang telah mengubahnya dalam mengambil kira konsep penghilangan kemudaratan ( .(رفع الضرر Transeksual adalah kemudaratan yang dicegah sekiranya belum berlaku dan dihilangkan sekiranya telah berlaku. Sejauh manakah kewajipan melakukan pengubahan jantina untuk mengembalikan jantina asal bagi mereka yang telah sedar dan kembali kepada ajaran Islam? Jika pengubahan jantina kali kedua ini wajib, apakah hukum-hukum fiqh yang berkaitan dengannya? Jika pengubahan jantina kali kedua ini tidak wajib apakah pula hukum-hukum fiqh yang berkaitan dengannya? Persoalan-persoalan ini menjadi asas permasalahan dalam kajian ini dengan memfokuskan kepada pasca situasi transeksual dari aspek hukum-hukum fiqh yang berkaitan dengan mengambil kira metodologi Usul Fiqh dan pemeliharaan Maqasid Shariah.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Plenary Papers) |
---|---|
Additional Information: | 6588/52247 (ISBN: 9789671395288) |
Uncontrolled Keywords: | Less Politicking, More Thinking, Needed, Revive, Islamic Civilization |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam > BP173.77 Islam and work |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Fiqh and Usul al-Fiqh |
Depositing User: | Dr. Mustafa Mat Jubri @ Shamsuddin |
Date Deposited: | 11 Nov 2016 17:17 |
Last Modified: | 13 Mar 2017 23:08 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/52379 |
Available Versions of this Item
-
Less politicking and more thinking is needed to revive the Islamic civilization. (deposited 13 Oct 2016 11:36)
- Hukum fiqh berkaitan pasca transeksual. (deposited 11 Nov 2016 17:17) [Currently Displayed]
Actions (login required)
View Item |