IIUM Repository

Hikayat Awang Sulung Merah Muda dari perspektif pendekatan pengurusan

Ismail, Mohamad Zuber and Beden, Sara and Abu Hassan, Mohamad Mokhtar (2015) Hikayat Awang Sulung Merah Muda dari perspektif pendekatan pengurusan. Jurnal Pengajian Melayu, 26. pp. 96-116. ISSN 1823-7622

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (4MB) | Preview

Abstract

Makalah ini akan menekuni unsur pengurusan yang terdapat dalam cerita lipur lara, iaitu Hikayat Awang Sulung Merah Muda. Pendekatan yang digunakan dalam kajian ini ialah Pendekatan Pengurusan dengan memberi fokus terhadap Prinsip Kepimpinan, iaitu salah satu prinsip dalam Pendekatan Pengurusan yang diutarakan oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan. Kaedah kepustakaan dan kaedah analisis teks merupakan dua kaedah yang diaplikasi dalam kajian ini. Objektif utama kajian ini adalah untuk menganalisis Prinsip Kepimpinan yang digunakan dalam Hikayat Awang Sulung Merah Muda. Hasil analisis memperlihatkan Prinsip Kepimpinan dalam Hikayat Awang Sulung Merah Muda amat dominan dan signifikan dalam menggambarkan pengurusan kepimpinan bertitik tolak daripada analisis terhadap struktur karya. Pengurusan kepimpinan ini menyerlah daripada dasar dan mekanisme pentadbir yang berwawasan dan berpandangan jauh, berjiwa rakyat, kebijaksanaan berkomunikasi dan bersemangat waja. Secara kesimpulannya, Prinsip Kepimpinan yang dipaparkan dalam Hikayat Awang Sulung Merah Muda ini dapat mengangkat aspek pengurusan dalam teks karya sastera tradisional sejak zaman tradisi lisan.

Item Type: Article (Journal)
Additional Information: 4881/49803
Uncontrolled Keywords: Management approach, Principles of leadership, Folklore, Dimension of administration, Classic literature
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: Mohamad Zuber Ismail
Date Deposited: 02 Mar 2016 16:59
Last Modified: 17 Jul 2016 17:19
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/49803

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year