IIUM Repository

Isu penyakit dalam pembubaran perkahwinan dari sudut pandangan nas syar'ie dan sains perubatan semasa: satu tinjauan literature

Awang, Abdul Bari and Awang Abd. Rahman @ Jusoh, Amilah and Mat Rusof@Mohd Yusoff, Nur Hayati (2015) Isu penyakit dalam pembubaran perkahwinan dari sudut pandangan nas syar'ie dan sains perubatan semasa: satu tinjauan literature. In: The 2nd International Conference on The Qur'an & Sunnah, Revelation & Science in the 21st Century, 13th-15th March, 2015, Kuala Lumpur.

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Al-Qur'an dan Hadith adalah antara nas Syar―ie yang menjadi sumber rujukan utama Islam dalam menafsirkan dan menentukan sesuatu hukum. Tidak terdapat dalam Al-Qur‖an ayatayat yang menceritakan dengan jelas mengenai kecacatan atau penyakit suami ataupun isteri yang membolehkan pembubaran perkahwinan berlaku. Namun, terdapat beberapa Hadith yang menyebut berkenaan keadaan ini yang melibatkan isu pembubaran perkahwinan. Tinjauan literatur ini akan mengupas tafsiran Ulama‖ daripada Hadith-hadith yang menyebut tentang kecacatan atau penyakit suami isteri, terutama dalam pemberian hak membubarkan perkahwinan kepada suami atau isteri. Tinjauan ini akan melihat sejauh mana penafsiran Hadith tersebut dalam kajian-kaijan klasikal berkenaan isu membenarkan fasakh kerana kecacatan atau penyakit, masih diterima dan relevan dengan penemuan-penemuan penyakit baru yang mempunyai ciri-ciri yang sama dan yang lebih kritikal dari sudut perubatan. Para Ulama‖ telah menyimpulkan lima jenis kecacatan atau penyakit iaitu gila, kusta, sopak, terpotong buah zakar dan impoten. Sementara itu, menurut kajian sains perubatan semasa, terdapat banyak penyakit baru yang telah berjaya dikesan oleh ahli sains perubatan melalui teknologi perubatan mereka yang menyebabkan kepada kecacatan suami atau isteri. Dengan ini, kajian ini akan melihat bagaimana sesuatu hukum yang bersumberkan Hadithhadith masih relevan dengan perubahan zaman dan masa. Ini adalah penting bagi membuktikan bahawa Syariat Islam adalah bersifat dinamik dengan perubahan keadaan, suasana serta keperluan hidup manusia. Kajian ini berbentuk kajian analisis berdasarkan sumber utama Islam iaitu AsSunnah, serta perbincangan sekitarnya, dan kajian ahli sains perubatan sebagai satu tinjauan literatur.

Item Type: Conference or Workshop Item (UNSPECIFIED)
Additional Information: 2040/48889
Uncontrolled Keywords: Penyakit, perkahwinan, pembubaran perkahwinan, sains perubatan
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Fiqh and Usul al-Fiqh
Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Usul al-Din and Comparative Religion
Depositing User: Dr Abdul Bari Awang
Date Deposited: 15 Feb 2016 16:04
Last Modified: 07 Mar 2018 15:51
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/48889

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year