IIUM Repository

Kamus al-Khalil

Dollah, Nafi@Hanafi (2015) Kamus al-Khalil. Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, Malaysia. ISBN 978-967-362-339-6

[img]
Preview
PDF ( kamus alkhalil) - Published Version
Download (2MB) | Preview

Abstract

Bahagian pertama yang bermula dari kiri ke kanan adalah kamus pendidikan Melayu-Arab dwi bahasa yang rapi dan sudah disemak. Entri bahagian ini sudah semestinya menggunakan bahasa Melayu manakala huraian maksudnya menggunakan bahasa Arab. Ia mengandungi lebih 10,000 entri dan sub entri yang relevan dan sentiasa mengambil kira konteks ayat. Kamus Bahagian pertama ini dilengkapi dengan contoh ayat dalam bahasa Melayu yang banyak digunakan oleh pelajar. Contoh-contoh ayat ini dilabelkan dalam bentuk berhuruf tebal (bold) untuk memudahkan pembaca. Contoh -contoh ayat berbahasa Melayu pula, sentiasa diterjemahkan ke dalam ayat bahasa Arab yang tepat dan lengkap. Manakala contoh-contoh ayat terjemahan dalam bahasa Arab bermula dengan perkataan (مِثْلُ-). Entri- Pengkaji memilih entri “Melayu-Arab” berdasarkan dua perkara: iaitu pertamanya memilih perkataan-perkataan terpenting dalam bahasa Melayu dan bahasa Arab, berdasarkan perkataan yang banyak digunakan oleh pelajar atau masyarakat. Perkataan- perkataan lama dan jarang digunakan telah digugurkan daripada entri. Ejaan entri Melayu berpandukan ejaan terkini Dewan Bahasa dan Pustaka. Perkataan Arab disemak mengikut bentuk wazan dengan teliti dan mengikut panduan ilmu Soraf. Ejaan bahasa Arab dari segi baris dan huruf disemak dan disusun dengan rapi berdasarkan ejaan terkini kamus Arab eka bahasa. Manakala ayat-ayat Arab disepadankan di antara kaedah ilmu Nahu dengan penggunaan semasa. Penulis juga mencatat dengan jelas kata Jamak, kata Jamak Taksir dan sinonim/muradif kepada perkataan Arab. Perkataan Arab pula ditandakan dengan baris-baris secara teliti dan cermat berdasarkan pengunaan terkini kamus Arab eka bahasa. Metod- Metodologi penyusunan bahagian (Melayu-Arab) ini adalah mengikut kaedah “sistem abjad”, iaitu satu cara yang mudah, diketahui ramai dan digunakan oleh mana- mana perkamusan hari ini. Ia disusun mengikut “sistem abjad” dengan mencari perkataan asal terlebih dahulu. Para pengguna hendaklah mencari kata dasar sesuatu perkataan untuk mengetahui padanannya dalam bahasa Arab Huraian makna- Pengarang mengambil berat aspek makna perkataan dan contoh-contoh ayat dalam bentuk lazim dan Mutaaddi sebab ia memberi kesan kepada kesahihan bentuk ayat, samada lazim, melampau, aktif, pasif, ayat namaan atau ayat kerjaan. Penggunaan kata kerja Melayu yang mengandungi elemen makna lazim (transitif) dan melampau (tak transitif) amat dititikberatkan. Justeru itu terjemahan Bahasa Melayu ke dalam bahasa Arab dilakukan secara tepat dengan mengambil kira elemen transitif dan tak transitif. Begitu juga penulis mencatat dengan jelas makna kata Jamak, kata Jamak Taksir, makna kata sinonim/muradif, makna penggunaan frasa, makna istilah dan aspek makna mengikut konteks ayat kepada perkataan Arab. Kamus Pelajar al-Khalil (KPK) Bahagian Kedua ini yang bermula dari kiri ke kanan pula, merupakan kamus (Arab-Melayu) yang lengkap. Entri bahagian ini sudah semestinya menggunakan bahasa Arab manakala huraian maksudnya menggunakan bahasa Melayu. Kamus ini berusaha merujuk kepada sumber perkamusan yang pelbagai, sama ada kamus Arab-Arab, Arab-Melayu atau Arab –English, lama dan kontemporari ketika cuba memberikan makna-makna dan huraian-huraian yang lebih tepat. Kami telah berusaha menyemak kandungan bahan kamus berkali-kali satu kalimat demi satu kalimat dengan penuh teliti dan kritis. Pengarang telah memperuntukan masa dan tenaga yang optimum demi mencapai hasil ke tahap ini. Lantaran itu ia mengandungi lebih 30,000 entri dan sub entri yang relevan, lebih 5,000 entri kata dasar Mujarrad yang lengkap dengan tasrif dan entri kata berimbuhan Maziid yang penting dan lengkap dengan tasrif, serta prihatin dengan konteks ayat. Penulis amat percaya bahawa usaha peningkatan dan perelevanan kamus perlu diusahakan secara berterusan, berpandukan metod kajian sistematik yang tuntas dan usaha ikhlas yang menghasilkan senarai entri yang lengkap dan sahih.

Item Type: Book
Additional Information: 1620/48100
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Arabic Language and Literature
Depositing User: Dr HANAFI HJ DOLLAH
Date Deposited: 15 Jan 2016 18:58
Last Modified: 16 Oct 2017 09:44
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/48100

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year