IIUM Repository

Ikatan akidah tauhid asas penyatuan Ummah dan rekonstruksi peradaban wasatiyyah rantau Asean

Hassan, Mohd. Kamal (2015) Ikatan akidah tauhid asas penyatuan Ummah dan rekonstruksi peradaban wasatiyyah rantau Asean. In: Rabitah Antarabangsa Alumni al-Azhar Malaysia 2015, 16 Disember 2015, Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur.

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (6MB) | Request a copy

Abstract

Pendahuluan Berasaskan pandangan semesta tauhid, umat Islam nusantara didedahkan pelajaran agama Islam yang mempunyai kandungan doktrinal, peribadatan, perundangan dan hukum yang seragam dan bersandarkan theologi, epistemologi dan etika Sunni. Perintah Allah SWT berkaitan persaudaraan dan kerjasama antara umat Islam terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa juga disebar luaskan. Doktrin, prinsip dan perintah agama berkaitan kehidupan kemasyarakatan menjadi pokok bagi orangorang yang beriman kepada Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW. Konsep Ummah Wasat dan Khair Ummah, ialah: 1. Kepelbagaian kaum dan bangsa bertujuan untuk ta’aruf antara manusia dan bangsa, menuju kehidupan bersama dalam kemuliaan insan. Bukan ditentukan oleh warna kulit, pangkat, kekayaan atau kuasa, tetapi tahap ketakwaan kepada Allah SWT sebagaimana firman-Nya: نثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا ُ يُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأ َ يَٰٓأ تۡقَىكُٰمۚۡ إنَِّ ٱللََّه عَليِمٌ َ كۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَِّه أ َ وَقَبَائٓلَِ لَِتعَارَفُوٓۚا إنَِّ أ خَبِيرٞ ١٣ “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”. (Al-Hujurat 49:13)

Item Type: Conference or Workshop Item (Keynote)
Additional Information: 2913/47635
Uncontrolled Keywords: akidah, tauhid, ummah, wasatiyyah
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Usul al-Din and Comparative Religion
Depositing User: Professor Mohd Kamal Hassan
Date Deposited: 22 Mar 2016 15:05
Last Modified: 21 Dec 2016 10:45
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/47635

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year