IIUM Repository (IREP)

Kajian pengamalam penerapan nilai-nilai murni dan budaya korporat di kalangan anggota hospital Kementerian Kesihatan Malaysia

Borhan, Nor Filzatun and Abdullah, Fariz Zakina and Omar, Mohd Idris and Sababuddin, Roziana and Ahmad, Khairol Niza and Sayed Kamar, Syarifah Haizan and Abdul Shukor, Nurul Syakirin and Husin, Nurul Ashikin and Ab. Halim, Noorhazayti (2015) Kajian pengamalam penerapan nilai-nilai murni dan budaya korporat di kalangan anggota hospital Kementerian Kesihatan Malaysia. Institute for Health Management, Kuala Lumpur. ISBN 978-967-3038

[img] PDF (Research book) - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (2MB) | Request a copy

Abstract

Pengenalan: Jawatankuasa Budaya Korporat Kementerian Kesihatan Malaysia telah ditubuhkan pada tahu 1990. Tiga nilai utama telah dikenalpasti iaitu penyayang, kerja berpasukan dan profesionalisme. Pada tahun 1995, dua jawatan kuasa utama telah ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Penasihat dan Jawatankuasa Kerja Budaya Korporat. Pada tahun yang sama penilaian nilai-nilai murni dan budaya korporat telah dijalankan dibawah peruntukan Intensification of Research Priority Areas (IRPA). Kajian pada kali ini adalah merupakan kajian ketiga menggunakan kaedah kajian yang sama bagi menilai pengamalan nilai-nilai murni dan budaya korporat. Objektif: Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahan pengamalan nilai-nilai murni dan budaya korporat di kalangan anggota yang bertugas di hospital KKM serta mengenalpasti strategi yang paling berkesan bagi meningkatkan pengamalan nilai-nilai murni dan budaya korporat di kalangan mereka. Metodologi: Kajian ini merupakan kajian cross-sectional. Ia telah dijalankan dari bulan November 2012- Februari 2013. Populasi kajian ini adalah terdiri daripada semua anggota di hospital. kajian ini menggunakan borang kaji selidik yang telah digunakan semasa dua kajian yang terdahulu dengan sedikit penambahbaikan. Data dianalisis menggunakan 'Statistical Package for Social Sciences' (SPSS) Version 17. Hasil kajian: Sebanyak 36,302 daripada 42,806 borang kaji selidik yang diedar kepada anggota kerja hospital kerajaan seluruh negara dikembalikan memberikan kadar respon keseluruhan sebanyak 84.8%. Secara keseluruhan, hampir kesemua anggota (99%) bersetuju bahawa mereka mengamalkan nilai-nilai murni dan budaya korporat semasa menjalankan tugas. hampir kesemua anggota juga (96.6%) bersetuju bahawa rakan sekerja mereka mengamalkan nilai-nilai murni dan budaya korporat semasa menjalankan tugasan.

Item Type: Book
Additional Information: 5869/45608
Uncontrolled Keywords: moral value, corporate culture, medical, hospital
Subjects: R Medicine > R Medicine (General)
R Medicine > RK Dentistry
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes: Kulliyyah of Dentistry
Depositing User: Asst Prof Dr Noorhazayti Ab. Halim
Date Deposited: 11 Nov 2015 11:52
Last Modified: 13 Mar 2016 15:54
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/45608

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year