IIUM Repository

Penentuan harta pusaka di Malaysia: kajian dari perspektif undang-undang sivil dan Syariah

Halim, Akmal Hidayah and Arshad, Azhani (2014) Penentuan harta pusaka di Malaysia: kajian dari perspektif undang-undang sivil dan Syariah. Kanun - Jurnal Undang-Undang Malaysia, 26 (2). pp. 153-172. ISSN 0128-2670

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

Download (413kB) | Request a copy

Abstract

Dalam pentadbiran harta pusaka di Malaysia, perkara yang sering menjadi pertikaian adalah tentang penentuan had dan bentuk harta yang dianggap sebagai harta pusaka simati sebelum dibahagikan kepada waris yang berhak. Dalam banyak keadaan, tuntutan dibuat oleh pihak berkepentingan supaya harta tersebut dikeluarkan daripada senarai harta pusaka si mati dan tidak dianggap sebagai harta pusaka yang boleh dibahagikan. Makalah ini bertujuan mengenal pasti had dan bentuk harta yang ditinggalkan oleh si mati yang akan dianggap sebagai harta pusaka dan perlu dibahagikan mengikut pembahagian yang sepatutnya. Perbincangan menfokuskan isu berkenaan akaun bersama, harta penama, pencen terbitan dan ex-gratia, yang selalu menjadi subjek pertikaian sama ada dikira sebagai harta si mati ataupun tidak. Peruntukan undang-undang dan kes berkaitan isu ini dikaji dan dirumuskan bagi memperjelas kedudukan harta tersebut. Makalah ini merumuskan bahawa terdapat keperluan peruntukan undang-undang yang khusus bagi memperjelas berkenaan yang dianggap sebagai harta pusaka dengan tepat.

Item Type: Article (Journal)
Additional Information: 3140/41016
Uncontrolled Keywords: inheritance, Islamic law, civil law
Subjects: K Law > K Law (General)
K Law > KBP Islamic Law > KBP1 Islamic law.Shariah.Fiqh
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws > Department of Legal Practice
Depositing User: Assoc Prof Akmal Hidayah Halim
Date Deposited: 03 Feb 2015 11:51
Last Modified: 24 May 2018 10:24
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/41016

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year