IIUM Repository (IREP)

Penggunaan kalimah `Allah`: satu analisa sejarah dari perspektif hukum syarak

Yaacob, Solehah@Nik Najah Fadilah and Yaacob, Adli and Yaacob, Baharuddin (2014) Penggunaan kalimah `Allah`: satu analisa sejarah dari perspektif hukum syarak. Jurnul Hukum, 38 (2). pp. 1-13. ISSN 0823-092X

[img]
Preview
PDF
Download (2MB) | Preview

Abstract

Isu kalimah ` Allah` merupakan bukti bahawa masyarakat Malaysia masih lagi tidak mempunyai maklumat secara mendalam tentang asal usul Bahasa Arab yang merupakan Bahasa al-Quran. Untuk menjelaskan isu ini dengan lebih terperinci terhadap asal usul Bahasa al-Quran ini kajian terhadap kalimah Allah merupakan satu sampel pembuktian bahawa sistem nahu telah dipraktikkan, maka kalimah `Allah` melalui pendekatan linguistik nahu Arab perlu diperbahaskan untuk mengetahui bila munculnya perkataan ini. Ibnu Manzur dalam kitabnya Lisaan al- Arab telah membincangkan makna Kalimah Allah ini dengan panjang lebar. Perkataan `Allah` pada hakikatnya berasal dari perkataan إِلاَهٌ berasal dari wazan فِعَالٌ yang kemudian berubah ke wazan مَفْعُوْلٌ atau مَأْلُوْهٌ bermakna yang disembah. Adapun Sibawaih telah menyebut dalam kitabnya al-Kitab bahawa Arab Jahiliyah telah menggunakan perkataan لاهٌ dengan membuang perkataan `Lam` kedua dan pertama pada kalimah Allah ini. Ini bermakna apabila perkataan لاهٌ ini sempurna atau `complete in nominative rules` ia disebut `الله ` yang mana iaNYA digunakan di dalam al-Quran sahaja. Maka Kitab-kitab sebelum al-Quran tidak menggunakan perkataan `الله `. Oleh itu kajian seperti ini perlu diperbahaskan dengan terperinci memadangkan Kalimah Allah ini merupakan pegangan aqidah umat Islam.

Item Type: Article (Journal)
Additional Information: 2297/39097
Uncontrolled Keywords: Allah, religious terms, linguistics
Subjects: D History General and Old World > D History (General)
P Language and Literature > P Philology. Linguistics
P Language and Literature > PA Classical philology
P Language and Literature > PJ Semitic
P Language and Literature > PJ Semitic > PJ6001 Arabic > PJ6073 Language
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes: Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences
Depositing User: Dr. Solehah Yaacob
Date Deposited: 11 Nov 2014 09:55
Last Modified: 19 Jun 2018 14:10
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/39097

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year