IIUM Repository

Faktor jantina, etnik dan jurusan terhadap gaya pembelajaran di kalangan pelajar Universiti Teknologi Malaysia

Firdaus, Razali and Hj. Mohd. Noor, Norzailawati (2008) Faktor jantina, etnik dan jurusan terhadap gaya pembelajaran di kalangan pelajar Universiti Teknologi Malaysia. In: National Student Development Conference 2008 (NASDEC 2008), 22-23 October 2008, Johor Bahru.

[img]
Preview
PDF - Submitted Version
Download (111kB) | Preview
[img] PDF - Supplemental Material
Restricted to Repository staff only

Download (85kB) | Request a copy

Abstract

Indeks Gaya Pembelajaran ini adalah perkakas yang digunakan untuk mengesan kecenderungan pelajar mendapatkan maklumat. Dalam kajian ini, faktor jantina, pilihan jurusan, dan etnik terhadap gaya pembelajaran ditinjau dan dihuraikan. Tinjauan mendapati tiada perbezaan ketara di antara pelajar lelaki dan perempuan dalam gaya pembelajaran. Sungguhpun pelajar jurusan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal sedikit cenderung kepada gaya pembelajaran sequential (i.e. sekitar 60%) berbanding global, dan sebaliknya, pelajar jurusan Fakulti Kej. Kimia & Kej. Sumber Asli cenderung kepada gaya pembelajaran sensing (65%) berbanding intuitif, kaitan sebenar di antara gaya-gaya pembelajaran ini dengan tahap kelayakan masuk universiti tidak dapat dijelaskan. Pelajar Melayu dilihat lebih selesa dengan pembelajaran aktif berbanding reflektif. Kecenderungan gaya pembelajaran sensing dan reflektif di kalangan pelajar Cina berkemungkinan disuburkan oleh sistem pendidikan di sekolah rendah dan menengah. Kedua-dua gaya ini, ironinya secocok dengan suasana pembelajaran di universiti, dan mungkin faktor penyumbang utama kepada kemandirian dan kecemerlangan mereka dalam sistem pendidikan di universiti. Hasil tinjauan ini memberi maklumat yang berguna kepada pengajar untuk mempelbagai teknik pengajaran sesuai dengan kumpulan sasaran.

Item Type: Conference or Workshop Item (UNSPECIFIED)
Additional Information: 6608/38211
Uncontrolled Keywords: jantina, etnik
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Architecture and Environmental Design > Department of Urban & Regional Planning
Depositing User: Dr Norzailawati Mohd Noor
Date Deposited: 23 Sep 2014 11:45
Last Modified: 23 Jul 2021 00:43
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/38211

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year