IIUM Repository (IREP)

Nilai-nilai Islam dalam ayahanda karya Azizi Haji Abdullah

Lubis , Nursafira and Ali, Asem Shehadeh Saleh (2014) Nilai-nilai Islam dalam ayahanda karya Azizi Haji Abdullah. In: Prosiding Persidangan Antarabangsa Kelestarian Insan 2014 (INSAN 2014), 9-10 April 2014, Johor. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
Download (19MB) | Preview

Abstract

Azizi Haji Abdullah merupakan nama yang tidak asing lagi dalam dunia kesusasteraan di Malaysia. Penulisan beliau khususnya dalam karya novel dan cerpen, sehingga beliau dianugerahkan dengan pelbagai hadiah sastera, menampakkan ketokohan beliau dalam bidang kesusasteraan. Apa yang menarik dalam karya-karya yang dihasilkan ialah pernyataan beliau yang bernada sinis terhadap permasalahan sosial dan masyarakat yang diungkapkan. Bahkan, karya Azizi Haji Abdullah dianggap sebagai buah fikiran yang mengajak khalayak untuk berfikir dan mengenali kehidupan itu sendiri. Latar belakang beliau yang berpendidikan agama turut mempengaruhi karya-karyanya dengan unsur-unsur Islam. Ini termasuk novel Ayahanda yang digarap berdasarkan kehidupan yang telah ditempuhi oleh beliau sendiri. Atas kewajaran inilah, makalah ini cuba untuk merungkai nilai-nilai Islam dan akhlak yang terkandung dalam karya tersebut sebagai salah satu cara untuk melestarikan modal insan dan memperkukuhkan sifat-sifat mahmudah dalam diri pembaca. Reka bentuk kajian ini ialah kajian tekstual iaitu kajian analisis kandungan teks dengan menggunakan pendekatan kajian kualitatif sebagai metode pengumpulan data dan analisis data. Hasil kajian mendapati bahawa Azizi Haji Abdullah banyak menanam sifat-sifat terpuji dalam novel yang dihasilkan. Justeru, kita dapat lihat dengan jelas beliau menjadikan novel Ayahanda sebagai manhaj dakwah untuk mengajak masyarakat sekeliling memiliki akhlak Islamiah dan sifat mahmudah di samping menjaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia. Keywords: Azizi Haji Abdullah; Ayahanda; Novel; Akhlak Islamiah; Nilai-Nilai Murni.

Item Type: Conference or Workshop Item (UNSPECIFIED)
Additional Information: 1060/36613
Uncontrolled Keywords: Nilai-nilai Islam, karya Azizi Haji Abdullah
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes: Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Arabic Language and Literature
Depositing User: Asem Shehadeh Ali
Date Deposited: 14 May 2014 14:53
Last Modified: 20 Jun 2018 09:37
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/36613

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year