Sufian, Azlinor (2007) Melindungi pembeli rumah. Utusan Malaysia. pp. 2-4.
PDF
- Published Version
Restricted to Repository staff only Download (295kB) | Request a copy |
Abstract
Sudah sering kali kita di dedahkan dengan pelbagai masaalah yang dihadapi oleh pembeli-pembeli rumah di Malaysia, khususnya di Semenanjung Malaysia. Baru-baru ini media mendedahkan masaalah yang dihadapi oleh pembeli-pembeli rumah yang membeli rumah dari sebuah syarikat pemaju yang membangunkan satu projek perumahan berdekatan dengan kampus Universiti Islam Antrabangsa Malaysia, Gombak. Pembeli-pembeli mendakwa mereka telah ditipu oleh pemaju yang secara sengaja menamatkan kontrak perjanjian jual beli mereka demi untuk mengelakkan syarikat pemaju tersebut dari membayar wang pampasan kerana lewat menyerahkan milikan kosong. Apa yang mengejutkan ialah pemaju tersebut telahpun menjual semula unit-unit rumah tersebut kepada pembeli-pembeli kedua. Malahan apa yang lebih menggemparkan lagi pembeli-pembeli mendakwa, selepas membuat semakan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berkaitan, pemaju tersebut tidak mendapat pelan kelulusan bangunan malahan ada sebahagian deretan dari rumah yang siap dibina, didirikan di atas tanah kerajaan. Kejadian ini adalah merupakan salah satu dari contoh masaalah yang menimpa sebahagian dari para pembeli rumah di Malaysia. Adalah amat menyedihkan walaupun dengan adanya pelbagai undang-undang yang agak ketat mengawal pembangunan perumahan, hal-hal yang sedemikian masih lagi berlaku di dalam negara kita.
Item Type: | Article (Newspaper) |
---|---|
Additional Information: | 1736/34590 |
Uncontrolled Keywords: | pembeli rumah, pemaju perumahan |
Subjects: | K Law > KPG Malaysia |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws |
Depositing User: | Dr Azlinor Sufian |
Date Deposited: | 31 Jul 2018 09:10 |
Last Modified: | 25 Jan 2019 00:19 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/34590 |
Actions (login required)
View Item |