IIUM Repository

Ulil amri sebagai pemangkin tamadun Islam: analisis ayat 59 surah al-Nisa

Abdul Kadir, Mohammad Nidzam and Abdul Kadir, Muhd. Najib (2013) Ulil amri sebagai pemangkin tamadun Islam: analisis ayat 59 surah al-Nisa. In: 3rd International Seminar of Wahyu Asas Tamadun 2013 (SWAT2013): Quran: Melonjak Transformasi Ummah, 20-21 Nov. 2013, USIM, Nilai, Negeri Sembilan.

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (2MB) | Request a copy

Abstract

Ketaatan kepada ulil amri merupakan satu perintah dalam nas al-Quran. Kebaikan di sebalik ketaatan ini adalah agar sistem kehidupan manusia berlangsung dalam suasana harmoni. Keharmonian merupakan maqasid yang penting dalam menjaga agama, diri, harta dan sebagainya. Walau bagaimanapun, masyarakat hari ini tidak lagi mempedulikan perintah al-Quran agar ulil amri ditaati. Kritikan tidak beradab, kutukan dan pemberontakan berlaku bagi melawan ulil amri. Akhirnya suasana tidak harmoni mula tergugat. Maka kajian tentang kewajipan perintah ini dan siapakah ulil amri pada zaman kini merupakan kajian yang penting. Terdapat pelbagai tafsiran di kalangan ulama yang menjelaskan maksud ulil amri. Namun tafsiran manakah yang sesuai dan releven untuk dunia kini. Kajian ini berusaha menjelaskan bahawa ulil amri adalah setiap pihak yang diberi kuasa atau pihak yang mempunyai kuasa dalam undang-undang. Ulil amri wajib ditaati dengan syarat yang khusus bukannya mutlak. Pendapat ini dilihat berdasarkan perspektif maqasid syariah yang menekankan aspek keamanan dan keharmonian dalam kehidupan masyarakat. Dengan ini, ketaatan kepada ulil amri akan membawa kepada ketamadunan umat.

Item Type: Conference or Workshop Item (Full Paper)
Additional Information: 3892/33351
Uncontrolled Keywords: Ulil amri, ketaatan, maqasid syariah, keharmonian
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam > BP100 Sacred books > BP130 Works about the Qurʼān
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam > BP170.85 Da'wah. Mission of Islam. Summons, invitation, etc.
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD) > Quranic Language Division
Depositing User: mr mohammad nidzam abdul kadir
Date Deposited: 08 Jan 2014 11:04
Last Modified: 08 Jan 2014 11:05
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/33351

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year