Dollah, Nafi@Hanafi
(2013)
قاموس الخليل السياقي الشامل: طبعة متقحة جديدة: حسب المناهج الهجائي = Kamus konstektual lengkap alkhalil.
Pustaka Ilmiah Al Khalil, Kuala Lumpur.
ISBN 9789834451400
Abstract
Kamus Kontekstual Lengkap al- Khalil edisi semakan kemaskini ini adalah hasil satu semakan, penelitian dan pembaharuan menyeluruh kepada satu usaha penyelidikan kamus Kontekstual Lengkap al- Khalil edisi: Arab - Melayu (KKLK) yang telah memakan masa bertahun-tahun di mana usaha itu berjaya menghimpunkan lebih kurang 100,000 entri dan sub entri termasuk 12,000 entri kata dasar Mujarrad yang lengkap dengan tasrif, entri kata Mazid berimbuhan penting yang lengkap dengan tasrif, istilah dan konteks ayat.
Pembaharuan menyeluruh dan penyelidikan secara berterusan seperti ini amat diperlukan dalam bidang perkamusan. Ia mestilah sentiasa berpandukan metod penyelidikan ilmiah yang sistematik dan ikhlas tanpa dihambat oleh kepentingan materialisma. Secara ikhlas kami perlu membuat penelitian dan pendetailan kepada ketepatan perkataan entri itu sendiri samada dalam bentuk ejaan, baris, ayat dan konteks penggunaannya. Melalui penekanan aspek Lazim dan Mutaaddi' (b7d4d4b7c2e0d5dF d8b7d4d5bAdEdEc9dEbFe1e0dA) dalam edisi semakan ini pengarang ingin memfokuskan kepada ketepatan erti perkataan dan kesesuaiannya dengan struktur ayat dari segi konteks ayat Lazim dan Mutaaddi. Maka setiap ayat yang mengandungi kata kerja Mutaaddi' dalam kamus ini akan sentiasa dituruti oleh objek (b7d4d5d1c9d8d4 b8d7) samada dalam bentuk kata nama yang berbaris di atas (b7d4d1bAbDb9) atau dalam bentuk kata ganti nama (b7d4c6d5dAc1- d7`C b3d8 -d7b7) untuk memudahkan pembaca .
Actions (login required)
|
View Item |