IIUM Repository (IREP)

Panduan pelaksanaan aktiviti anak permata

Badzis, Mastura (2010) Panduan pelaksanaan aktiviti anak permata. Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC), Tanjung Malim, Perak. ISBN 978-983-43953-2-2

[img]
Preview
PDF (Panduan pelaksanaan aktiviti anak permata ) - Published Version
Download (1MB) | Preview

Abstract

Buku panduan perlaksanaan aktiviti anak PERMATA merupakan buku panduan kepada pensyarah, jurulatih, pengusaha, pendidik dan pengasuh, pendidik dan pengasuh untuk menjalankan aktiviti bersama kanak-kanak berumur 0-4 tahun. Buku ini menghuraikan aktiviti yang dicadangkan dalam buku Kurikulum PERMATA Negara. Oleh yang demikian, buku Kurikulum PERMATA Negara perlu dirujuk dahulu sebelum menggunakan buku panduan ini bagi memastikan konsep, falsafah dan bidang perkembangan telah difahami dan dihayati sebelum melaksanakan aktivit PERMATA. Aktivit-aktivit dalam buku panduan ini telah dirancang dan dibina oleh panel yang terdiri dari pakar-pakar balam bidang perkembangan kanak-kanak, pensyarah, pendidik dan pengusaha TASKA yang berwibawa dan berpengalaman. Kurikulum PERMATA, umur kanak-kanak, tahap perkembangan, persekitaran pembelajaran dan budaya setempat. Buku Panduan Pelaksanaan Aktivit anak PERMATA terdiri daripada lima modul yang mengandungi modul 1 untuk bayi berumur 0-6 bulan, modul 2 untuk bayi berumur 6-12 bulan, modul 3 untuk kanak-kanak berumur 1-2 tahun, modul 4 untuk kanak-kanak berumur 2-3 tahun dan modul 5 untuk kanak-kanak berusia 3-4 tahun. Selain daripada aktiviti yang merangkumi enam bidang perkembangan, buku panduan ini juga menyenaraikan tahap perkembangan kanak-kanak mengikut umur bagi membolehkan pendidik merancang aktiviti bersesuaian dengan tahap kebolehan kanak-kanak. Buku panduan ini juga mencadangkan jadual waktu harian sebagai panduan pelaksanaan pengendalian program anak PERMATA sepanjang hari. Dalam jadual tersebut terdapat beberapa blok masa seperti nature walk, mengurut atau senaman pagi, rutin dan aktivit PERMATA yang member tumpuan kepada aktiviti yang merangkumi enam bidang pembelajaran dalam kurikulum PERMATA. Diharap dengan adanya buku panduan pelaksanaan aktiviti anak PERMATA ini ia dapat membantu pendidik atau individu dalam bidang perkembangan kanak-kanak melaksanakan program dan aktiviti dengan lebih berkesan.

Item Type: Book
Additional Information: 2152/32004
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H65 Schools. Institutes of social sciences
L Education > L Education (General)
L Education > LC Special aspects of education > LC1001 Types of education
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes: Kulliyyah of Education
Depositing User: Mastura Badzis
Date Deposited: 11 Sep 2013 16:02
Last Modified: 11 Sep 2013 16:02
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/32004

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year