IIUM Repository

Pengurusan keselamatan kebakaran untuk bangunan warisan di Malaysia: kajian kes muzium

Salleh, Nurul Hamiruddin and Ahmad, A Ghafar (2007) Pengurusan keselamatan kebakaran untuk bangunan warisan di Malaysia: kajian kes muzium. In: Seminar Kebangsaan Rupabandar Malaysia: Mengekal Warisan Membina Identiti, 28 - 29 November, 2007, Lumut, Perak . (Unpublished)

[img] PDF (Pengurusan keselamatan kebakaran untuk bangunan warisan di Malaysia: kajian kes muzium) - Accepted Version
Restricted to Repository staff only

Download (218kB) | Request a copy

Abstract

Terdapat lebih kurang 55 muzium di Malaysia yang menggunakan bangunan warisan sebagai premis institusi mereka. Muzium bukan sahaja menyimpan atau mempamerkan koleksi atau artifak warisan yang tinggi nilainya malah ia juga mempunyai nilai warisan seni bina yang berharga. Kedua-duanya adalah warisan negara yang tidak boleh ditukar ganti dan seharusnya dilindungi serta dipulihara dengan sebaik-baiknya. Dari aspek pengurusan bangunan warisan yang menyimpan artifak berharga, keselamatan kebakaran perlu dititikberatkan. Bangunan warisan yang dijadikan muzium perlu mempunyai sistem kawalan kebakaran dan pengurusan keselamatan kebakaran yang baik. Kebakaran memang telah diketahui bukan sahaja menjadi ancaman kepada penghuni bangunan tetapi juga ancaman terhadap nilai seni bina dan koleksi warisan bangunan terbabit. Sebanyak lapan muzium yang menggunakan bangunan warisan di Malaysia telah dipilih secara rawak untuk dikenalpasti pengurusan dan kaedah semasa berkaitan keselamatan kebakaran di muzium terbabit. Kaedah yang digunakan adalah temuramah, pengamatan dan soal selidik. Hasil tinjauan awal di dapati kebanyakan muzium terbabit masih mempunyai pengurusan dan tahap keselamatan kebakaran yang lemah. Kertas kerja ini ada mencadangkan kaedah terbaik di dalam pengurusan keselamatan kebakaran untuk bangunan muzium warisan di Malaysia yang bukan sahaja dapat melindungi pengguna tetapi juga melindungi koleksi artifak bersejarah dan nilai sejarah seni bina bangunan terbabit ke arah pengekalan warisan kebangsaan yang terbaik.

Item Type: Conference or Workshop Item (UNSPECIFIED)
Additional Information: 3305/3082
Uncontrolled Keywords: Pengurusan keselamatan kebakaran, keselamatan kebakaran, bangunan warisan, pemuliharaan bangunan warisan, muzium
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture
T Technology > TH Building construction > TH9025 Protection of buildings. Including protection from dampness, fire, burglary
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Architecture and Environmental Design > Department of Architecture
Depositing User: Ts. Dr. Nurul Hamiruddin Salleh
Date Deposited: 27 Oct 2011 17:30
Last Modified: 23 Jul 2021 01:22
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/3082

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year