IIUM Repository

Objektif, strategi berpolitik berteraskan keredaan Ilahi

Abd Rahman, Saodah (2013) Objektif, strategi berpolitik berteraskan keredaan Ilahi. Utusan Malaysia, - (-). p. 11. ISSN -

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (92kB) | Preview

Abstract

POLITIK merupakan salah satu aspek yang penting dalam Islam kerana ia berkaitan dengan peranan dan matlamat manusia diutuskan di muka bumi ini. Sebagai umat Islam setiap individu sepatutnya memahami bahawa dua peranan penting yang perlu dipenuhi oleh umat Islam. Pertama, menjadi hamba Allah yang taat dan patuh kepada perintah-Nya. Kedua, menunaikan tugas sebagai khalifah Allah di dunia ini. Perkara berkaitan dengan urusan khalifah mempunyai hubungan dengan aktiviti politik. Memikul tanggungjawab sebagai khalifah bukan merupakan satu perkara yang mudah seperti mana difikirkan oleh sebahagian masyarakat Islam. Banyak umat Islam masa kini terlalu berminat menceburkan diri dalam arena politik sehingga membelakangi prinsip dan objektif berpolitik mengikut ajaran Islam. Konsep dan prinsip berpolitik sepatutnya dijadikan asas kepada strategi dan aktiviti berpolitik dalam apa jua keadaan dan masa. Realiti yang wujud dalam politik umat Islam masa kini jelas menunjukkan ahli-ahli politik tidak mempunyai prinsip dan matlamat perjuangan yang mantap malah terdapat dalam kalangan mereka tersasar begitu juah dengan prinsip dan objektif berpolitik dalam Islam. Sedangkan permulaan pertubuhan parti politik tersebut adalah untuk mempertahankan hak umat Islam dan melaksanakan perundangan Islam.

Item Type: Article (Newspaper)
Additional Information: 369/28881
Uncontrolled Keywords: Islam, politics
Subjects: J Political Science > JA Political science (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Usul al-Din and Comparative Religion
Depositing User: Dr. Saodah Abd Rahman
Date Deposited: 18 Apr 2013 10:20
Last Modified: 18 Apr 2013 10:20
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/28881

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year