IIUM Repository (IREP)

Rene Descartes (1596-1650) dan Metode Cogito

Yaacob, Solehah@Nik Najah Fadilah and Najmuddin, Hairunnaja (2008) Rene Descartes (1596-1650) dan Metode Cogito. Jurnal of Usuluddin, University of Malaya Kuala Lumpur, 27. pp. 121-140. ISSN 1394-3723

[img]
Preview
PDF (full text) - Published Version
Download (965kB) | Preview

Abstract

Dari segi sejarah, zaman falsafah moden dianggap bermula di Barat sejak tercetusnya krisis di Zaman Pertengahan (Middle Ages / Dark Ages) selama dua abad (abad ke 14 dan ke 15) dengan munculnya gerakan Renaissance. Renaissance (kelahiran semula) adalah suatu istilah yang sering digunakan untuk menamakan gelombang-gelombang kebudayaan dan pemikiran di Eropah yang bermula di Itali pada abad ke 14 dan kemudiannya merebak ke Perancis, Sepanyol, Jerman, Belanda, England dan ke negara-negara Eropah lainnya. Renaissance adalah zaman perkembangan peradaban yang berlaku di hujung atau selepas Zaman Pertengahan sehingga munculnya Zaman Moden . Rasionalisme adalah suatu aliran pemikiran yang muncul dalam era falsafah moden di dunia Barat. Di dalam Ensiklopedia Falsafah (Encyclopedia of Philosophy), dinyatakan bahawa perkataan rasionalisme adalah berasal dari perkataan Latin iaitu “ratio” yang memberi makna “reason” dalam bahasa Inggeris. Rasionalisme adalah istilah yang merujuk kepada beberapa pandangan dan gerakan idea, terutamanya yang merupakan pandangan falsafah ataupun program yang memberi penekanan kepada kuasa akal pra-pengalaman untuk mencapai intipati kebenaran tentang dunia (the power of a priori reason to grasp substantial truths about the world) dan dalam masa yang sama cenderung untuk menganggap sains tabi’i secara asasnya adalah sesuatu pra-pengalaman yang baru (and correspondingly tends to regard natural science as a basically a priori enterprise). Rasionalisme adalah aliran pemikiran falsafah yang mengatakan bahawa akal (reasoning) adalah alat terpenting dalam memperolehi pengetahuan dan menguji pengetahuan. Aliran pemikiran rasionalisme menyatakan bahawa pengetahuan diperolehi dengan cara berfikir. Alat-alat untuk berfikir itu pula adalah kaedah-kaedah logik . Menurut Sidi pula, rasionalisme menduduki tempat yang penting dalam teori pengetahuan. Istilah rasionalisme biasanya dikaitkan dengan golongan rasionalis abad ke 17 dan ke 18. Antara tokoh-tokoh aliran rasionalisme yang terkemuka adalah Rene Descartes (1596-1650), Baruch (Benedict) Spinoza (1632-1677), Gottfried Wilhelm von Leibniz (1646-1716) dan Christian Wollff (1679-1754).

Item Type: Article (Journal)
Additional Information: 2297/26779
Uncontrolled Keywords: Rene Descartes, Cognito method
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General) > B720 Medieval
H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H61 Theory. Method
P Language and Literature > PA Classical philology
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes: Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Arabic Language and Literature
Depositing User: Dr. Solehah Yaacob
Date Deposited: 20 May 2013 14:20
Last Modified: 24 Feb 2014 20:01
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/26779

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year