IIUM Repository

Pengetahuan pelajar Sarjana Muda Pendidikan tentang kanak-kanak berkeperluan khas

Saad, Supiah (2012) Pengetahuan pelajar Sarjana Muda Pendidikan tentang kanak-kanak berkeperluan khas. In: Seminar Internasional Pasca Siswazah Pendidikan Khas UKM-UPI Siri II 2012, 27th January 2012 - 28th January 2012, Universiti Kebangsaan Malaysia.

[img] PDF (Pengetahuan Pelajar Sarjana Muda Pendidikan Tentang Kanak-Kanak Berkeperluan Khas ) - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Pengetahuan setiap guru aliran perdana tentang kanak-kanak berkeperluan khas mempunyai impak terhadap pelaksanaan program pendidikan inklusif. Pelaksnaa dan peluasan program pendidikan inklusif adalah fokus dalam transformasi Pendidikan Khas 2010-2020. Untuk memastikan keberkesanan program pendidikan inklusif, setiap guru aliran perdana mesti diberi kersus pendedahan yang komprehensif dalam pendidikan khas. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauh mana kursus berkaitan kanak-kanak berkeperluan khas berjaya: i) meningkatkan pengetahuan asas tentang kategori murid kelainan upaya (OKU); ii) menambah kefahaman tentang peranan guru aliran perdana dan pendidikan murid OKU; iii) memahami keunikan kanak-kanak OKU, keperluan serta kekangan mereka dalam pendidikan; iv) membangkitkan kesedaran tentang kegigihan OKU yang berjaya dalam kehidupan; dan v) membentuk keinginan untuk menyumbang dalam membantu kejayaan OKU. Seramai 148 orang pelajar Sarjana Muda Pendidikan disebuah IPTA telah dipilih sebagai sampel kajian. Daripada jumlah tersebut, 81 orang merupakan pelajar kursus jarak jauh dalam pelbagai opsyen manakala selebihnya adalah pelajar ambilan terus lepasan sekolah. Data dikutip berdasarkan tugasan refleksi bagi kursus wajib fakulti. Daripada dapatan analisis data, perbandingan antara dua kumpulan tersebut dibuat berdasarkan tema-tema yang dicetuskan setiap responden. Implikasi kajian ini ialah setiap pelajar yang mengikuti kursus wajib fakulti mempunyai tahap pengetahuan yang lebih tinggi dan kesedaran tentang keperluan kanak-kanak OKU dalam pendidikan formal di Malaysia.

Item Type: Conference or Workshop Item (Full Paper)
Additional Information: 6468/26632
Uncontrolled Keywords: education, children with special needs
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC1390 Education of special classes of persons
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Education
Depositing User: Supiah Saad
Date Deposited: 26 Dec 2012 16:49
Last Modified: 28 Dec 2012 17:14
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/26632

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year