Abd Rahman, Saodah (2012) Kehebatan Islam atasi liberalisasi politik dan pluralisasi agama. Utusan Malaysia. p. 11. ISSN -
PDF
- Published Version
Download (547kB) |
Abstract
ISTILAH 'liberalisme' pertama kali digunakan untuk mendefinisikan ideologi politik di Eropah pada akhir abad ke-19. Sebagai satu ideologi politik, liberalisme tidak mempunyai sebarang definasi yang tepat walaupun konsep liberalisasi ini menekankan kepentingan toleransi, hak individu dan kebebasan bagi menjamin corak kehidupan pluralisme. Konsep 'liberalisme' dan 'pluralisme' yang diperbahaskan oleh ahli-ahli falsafah Barat mempunyai kaitan dengan permasalahan agama dan politik yang wujud di negara barat. Konsep 'liberalisme' ini mula dibicarakan ketika berlaku peristiwa reformasi di Eropah dalam abad ke-16. Ketika ini gerakan untuk reformasi keseluruhan institusi gereja di Eropah mendapat sokongan masyarakat akibat daripada kelemahan sistem pengurusan dan pentadbiran gereja. Masyarakat menuntut kebebasan daripada cengkaman gereja yang mempunyai kuasa untuk memungut cukai daripada rakyat dan penglibatan mereka dalam urusan politik negara. Hasil reformasi itu gereja dipisahkan daripada urusan politik dan kenegaraan.
Item Type: | Article (Newspaper) |
---|---|
Additional Information: | 369/26352 |
Uncontrolled Keywords: | Islam, liberalisasi |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Usul al-Din and Comparative Religion |
Depositing User: | Dr. Saodah Abd Rahman |
Date Deposited: | 05 Nov 2012 10:51 |
Last Modified: | 05 Nov 2012 10:51 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/26352 |
Actions (login required)
View Item |