IIUM Repository

Kajian literasi undang-undang pengguna dalam kalangan pelajar IPTA

Amin, Naemah and Abu Bakar, Elistina and Abdul Aziz, Azimon (2012) Kajian literasi undang-undang pengguna dalam kalangan pelajar IPTA. In: Seminar Penyelidikan Kepenggunaan 2012, 13th June 2012, UPM. (Unpublished)

This is the latest version of this item.

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

Download (611kB) | Request a copy
[img]
Preview
PDF
Download (92kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan, persepsi dan amalan terhadap undang-undang pengguna dalam kalangan mahasiswa IPTA. Seramai 1000 orang responden dipilih secara persampelan rawak berlapis yang terdiri daripada mahasiswa UPM, UM, UIA, UiTM dan UKM. Tahap pengetahuan responden diukur dengan ketepatan jawapan kepada soalan-soalan asas undang-undang pengguna. Ini merangkumi pengetahuan berhubung hak-hak asasi, tanggungjawab pengguna, kerangka perundangan, pembekalan barang/perhidmatan, amalan perniagaan tidak adil dan mekanisme gantirugi. Dapatan kajian memperlihatkan bahawa hanya 31.5% responden mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi manakala selebihnya sederhana (38.0%) dan rendah (26.3%). Dapatan juga mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan di antara bidang kursus, IPT, latarbelakang persekolahan dan pengambilan subjek berkaitan kepenggunaan terhadap tahap pengetahuan responden berkaitan undang-undang pengguna. Hasil kajian ini adalah penting bagi merangka program-program kesedaran pengguna oleh pihak universiti, badan bukan kerjaan dan kerajaan bagi mendayaupayakan golongan mahasiswa untuk menjadi pengguna bijak dalam pasaran.

Item Type: Conference or Workshop Item (Lecture)
Additional Information: 546/25444
Uncontrolled Keywords: law literation
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws > Department of Civil Law
Depositing User: Assoc.Prof.Dr Naemah Amin
Date Deposited: 07 Sep 2012 10:15
Last Modified: 12 Sep 2012 09:57
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/25444

Available Versions of this Item

  • Kajian literasi undang-undang pengguna dalam kalangan pelajar IPTA. (deposited 07 Sep 2012 10:15) [Currently Displayed]

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year