IIUM Repository

Penjelasan Al-Quran Tentang `Manusia` Kajian Tatabahasa Arab Dan Pentafsiran Terhadap Ayat-Ayat Yang Dipilih

Yaacob, Solehah@Nik Najah Fadilah (2006) Penjelasan Al-Quran Tentang `Manusia` Kajian Tatabahasa Arab Dan Pentafsiran Terhadap Ayat-Ayat Yang Dipilih. In: International Conference in Peradaban Melayu , 12-13 December 2006, The Legend Hotel K.Lumpur.

[img]
Preview
PDF (international conference)
Download (1MB) | Preview
[img]
Preview
PDF (Persidangan Antarabangsa Peradaban Melayu III)
Download (592kB) | Preview

Abstract

`Modal Insan` yang agak dilupakan kebelakangan ini telah menjadi satu isu hangat dan sensasi dalam setiap perbincangan forum-forum dan seminar-seminar semenjak ia diperkenalkan dalam RMK9. `Modal Insan` merupakan suatu bentuk modal yang tidak memerlukan kepada pembelian bahan teknologi atau bahan api untuk membangunkan negara. Ianya telah wujud semenjak wujud sebuah negara. Perkataan `Manusia` atau insane di dalam bahasa Arab berasal dari perkataan `Anisa` yang bermaksud yang boleh didekati atau dijadikan kawan, dari perkataan ini lahirlah perkataan `Insaniyyah` dan `Insani` yang memberi makna `Berperikemanusiaan` dan `Kemanusiaan`.Pendapat kedua pula menyatakan perkataan `Manusia` itu berasal dari perkataan `nasia` yang bermaksud lupa. Namun begitu pendapat ini agak lemah, oleh itu ahli bahasa berpendapat pandangan yang pertama itu lebih sahih. Secara ringkasnya manusia yang disebut di dalam ayat ini mempunyai tugas-tugas tertentu yang perlu dilaksanakan di dalam hidupnya. Maklum, bahawa kejadian manusia berasal dari tanah, air, api dan angin, jika inilah yang berlaku maka sudah tentu penciptanya amat mengetahui sejauh mana kemampuan `Insan` samada untuk memaksimakan kebolehannya atau mengubati sekiranya ia rosak. Dari sini penulis berpendapat bahawa tidak mesti tidak analisa terhadap ayat-ayat al-Quran mengikut gaya bahasanya iaitu bahasa Arab Fushah adalah amat diperlukan. Oleh itu kertas kerja ini cuba menyingkap maksud beberapa ayat al-Quran yang mempunyai kaitan dengan `manusia`. Nilai modal insan ini walaupun tidak pernah tertera dengan jelas dalam laporan untung rugi mana-mana organisasi, ia berperanan besar dalam menentukan prestasi organisasi terbabit. Dalam konteks lebih luas, modal insan mencorak hala tuju sesebuah negara ke arah wawasan yang disasarkan. Tanpa sumber manusia berkualiti, sesebuah negara akan lemah kerana ketiadaan faktor manusia yang menjadi pencetus kepada inisiatif baru dalam kegiatan sosioekonominya.

Item Type: Conference or Workshop Item (Speech/Talk)
Subjects: L Education > L Education (General)
P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Arabic Language and Literature
Depositing User: Dr. Solehah Yaacob
Date Deposited: 24 Jul 2012 09:13
Last Modified: 24 Jul 2012 09:13
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/24787

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year