IIUM Repository

Ke arah kualiti hidup yang lebih tinggi realisasikan Wawasan 2020

Mohd. Arshad, Mohd. Nahar (2012) Ke arah kualiti hidup yang lebih tinggi realisasikan Wawasan 2020. Utusan Malaysia. ISSN -

[img] PDF - Published Version
Download (536kB)

Abstract

LAPORAN Kualiti Hidup Malaysia 2011 telah dikeluarkan pada 11 Jun 2012 lepas. Laporan dari Unit Perancang Ekonomi ini boleh dijadikan kayu ukur kepada pencapaian negara dalam merealisasikan Wawasan 2020. Komponen kualiti hidup yang diambil kira mencakupi aspek pendidikan, pengangkutan dan komunikasi, perumahan, kebudayaan dan liburan, pendapatan dan agihan, keselamatan awam, kesihatan, penyertaan sosial, alam sekitar, kehidupan keluarga dan persekitaran kerja. Berbanding dengan kualiti hidup pada tahun 2000 (tahun rujukan), kualiti hidup pada 2010 telah meningkat sebanyak 11.9 peratus berdasarkan indeks kualiti hidup. Rakyat Malaysia mengecapi peningkatan kualiti tertinggi dalam komponen pendidikan dengan peningkatan sub-indeks sebanyak 20.4 peratus. Komponen pengangkutan dan komunikasi menunjukkan peningkatan kualiti kedua tertinggi dan diikuti oleh peningkatan kualiti perumahan. Meskipun begitu, masih banyak penambahbaikan perlu kita lakukan bersama dalam menjadikan Malaysia tempat kediaman yang berkualiti tinggi.

Item Type: Article (Newspaper)
Additional Information: 3562/24390
Uncontrolled Keywords: quality, life
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Economics and Management Sciences > Department of Economics
Depositing User: Dr. Mohd Nahar Mohd Arshad
Date Deposited: 20 Jun 2012 08:08
Last Modified: 11 Jul 2014 15:10
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/24390

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year