IIUM Repository (IREP)

Pembinaan Negara: sikap dan ekspektasi pelajar universiti di Malaysia

Moten, Abdul Rashid and Nordin, Mohamad Sahari and Abdullah Idid, Syed Arabi and Wok, Saodah and Ismail, Nik Ahmad Hisham and Mokhtar, Tunku Mohar (2012) Pembinaan Negara: sikap dan ekspektasi pelajar universiti di Malaysia. In: Seminar Hasil Penyelidikan Kementerian Pengajian Tinggi: Sains Sosial dan Kemanusiaan, 28-29 March 2012, Residence Hotel @ UNITEN. (Unpublished)

[img] PDF (Sikap & Ekspektasi Pelajar Universiti) - Presentation
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Sikap pelajar (IPT) terhadap kerajaan dapat dikesan, diukur dan dinilaikan menerusi persepsi mereka terhadap matlamat, dasar-dasar, program-program dan initiatif-initiatif yang diusahakan oleh kerajaan. Kajian ini bertujuan mengenalpasti (1) sikap pelajar universiti terhadap matlamat, dasar, program dan initiatif kerajaan bertujuan menjadikan Malaysia sebagai negara maju, (ii) sikap pelajar universiti terhadap pentadbiran kerajaan, (iii) sikap pelajar terhadap isu, cabaran dan masalah yang dihadapi negara serta cara kerajaan menanganinya, dan (iv) faktor-faktor ynag mempengaruhi sikap dan sokongan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terhadap kerajaan. Kajian berasaskan reka bentuk expost facto dengan menggunakan kaedah kaji selidik. Jumlah populasi untuk kajian ini adalah 375,000 pelajar pra-siswazah di 20 IPTA dan 8 IPTS. Teknik persampelan kuota berstrata, iaitu jenis IPT (IPTA atau IPTS) digunakan untuk mengumpul data dari 9036 responden. Sampel kajian yang diwakili oleh pelajar pra-siswazah terdiri daripada 71% responden dari IPTA dan 29% IPTS seluruh negara; sekurang-kurangnya satu universiti telah dipilih untuk mewakili sesebuah negeri. Responden kajian adalah majoritinya perempuan (61.3%), dan daripada segi komposisi etnik, 60.9% adalah Melayu, 27.8% Cina dan 6.0% India. Dapatan kajian menunjukkan sekurang-kurangnya satu pertiga responden (33.6%) bersetuju dengan lima dasar Kerajaan Persekutuan. Peratus bersetuju yang paling rendah adalah berkaitan dengan pernyataan bahawa "model baru ekonomi adalah adil terhadap semua rakyat Malaysi" manakala "Hak-hak istemewa orang Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan tidak boleh dipertikaikan" dipersetujui oleh hampir 58% sampel kajian, iaitu pernyataan yang mendapat peratusan persetujuan paling tinggi. Secara keseluruhannya, sikap pelajar terhadap sistem pentadbiran kerajaan persekutuan adalah positif. Kecuali "kerajaan mengurangkan gejala rasuah", data menunjukkan sekurang-kurangnya satu perempat sampel bersetuju dengan sistem pentadbiran yang dilaksanaan oleh Kerajaan Persekutuan. Peratus bersetuju yang paling tinggi adalah berkaitan dengan pernyataan, "Sistem pentadbiran Kerajaan Persekutuan adalah berdasarkan prinsip-prinsip demokrasi (48.2%). Ini diikuti oleh persetujuan terhadap pentadbiran yang menghormati hak-hak asasi manusia (42%), dan sistem pilihanraya adalah bebas dan adil (40.9%). Mengenai isu-isu dan cabaran semasa adalah positif, kecuali pernyataan "harga barang keperluan harian adalah berpatutan" Data menunjukkan sekurang-kurangnya satu perempat sampel bersetuju dengan semua pernyataan tentang isu dan cabaran sosial, ekonomi, dan politik masa kini. Peratus persetujuan paling tinggi adalah berkaitan dengan pernyataan, "Saya menerima semangat kerjasama adalah nilai utama ynag dikongsi oleh masyarakat Malaysia" (63.9%). Juga hampir separauh sampel bersetuju bahawa "Saya berasa selamat jika tinggal dalam masyarakat berlainan etnik" (48.8%).

Item Type: Conference or Workshop Item (Slide Presentation)
Additional Information: 1667/23018
Uncontrolled Keywords: students' attitude, government policy,
Subjects: J Political Science > JA Political science (General)
J Political Science > JQ Political institutions Asia
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes: Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Communication
Depositing User: Prof. Dr. Saodah Wok
Date Deposited: 31 Dec 2012 20:05
Last Modified: 20 Jun 2017 13:57
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/23018

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year