IIUM Repository

Islam : cabaran demi cabaran

Abd Aziz, Shamrahayu (2011) Islam : cabaran demi cabaran. Berita Harian. p. 22.

[img] PDF (Islam: cabaran demi cabaran ) - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (796kB) | Request a copy

Abstract

SEPERTI pembaca sedia maklum, suatu masa dulu, Islam masyhur dan gemilang. Dalam kegemilangan itu orang Islam mendahului dalam semua bidang, ilmu dan amalan. Sama ada dalam hal berkaitan kesusasteraan, sains, falsafah, ketenteraan, teknologi dan sebagainya. Pendek kata, Islam telah menjadi tamadun yang mendahului tamadun lain. Tamadun Islam telah mematahkan keunggulan tamadun Rom, contohnya. Islam telah menguasai semuanya. Namun, secara berdikit, kegemilangan itu meruntuh. Kemudian kita saksikan pengambilalihan kegemilangan Islam oleh kuasa imperialisme Barat. Negara Islam dijajah dan agama Islam dipinggirkan. Setelah itu muncul pula penentangan terhadap imperialisme Barat dan terserlahlah perjuangan menentang kuasa Barat dan gerakan mencapai kemerdekaan. Setelah berdekad perjuangan itu, banyak negara Islam telah mencapai kemerdekaan. Walaupun merdeka, Islam masih di takuk lama. Keadaan ini timbul akibat daripada fenomena dan polemik berkaitan ‘neo-imperial policies’ yang bukan saja mengawal, tetapi menggugat Islam. Keadaan ini berterusan sehingga kini. Apa yang pasti kini ialah, kegemilangan Islam hanya menjadi sebahagian daripada sejarah dunia.

Item Type: Article (Newspaper)
Additional Information: 1552/15851
Uncontrolled Keywords: position of Islam
Subjects: K Law > KPG Malaysia
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws > Department of Islamic Law
Depositing User: DR. SHAMRAHAYU A. AZIZ
Date Deposited: 25 Jan 2012 09:46
Last Modified: 23 Nov 2012 12:38
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/15851

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year