Wan Husain, Wan Ahmad Fauzi (2026) Salasilah penggantian Raja Pemerintah Pahang bermula daripada Kesultanan Melayu Melaka: satu tinjauan elemen struktur asas Perlembagaan Persekutuan Malaysia. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences, 9 (1). pp. 23-32. E-ISSN 2600-9080
|
PDF
- Published Version
Download (423kB) | Preview |
Abstract
Kesinambungan hubungan antara Negeri-Negeri Melayu sebagai pendiri Persekutuan Tanah Melayu dengan Kesultanan Melayu Melaka masih kurang diberi perhatian dalam penulisan kontemporari, meskipun ia signifikan dalam konteks prinsip kedaulatan yang terpelihara melalui Undang-Undang Tubuh Negeri. Hubungan ini menegaskan bahawa adat Melayu bukan sekadar warisan budaya, tetapi telah diinstitusikan sebagai prinsip perlembagaan yang mendasari kelestarian institusi Raja. Kedudukan tersebut semakin terserlah apabila Mahkamah Persekutuan dalam kes Indira Gandhi [2018] menekankan kaedah tafsiran perlembagaan yang berorientasikan tujuan, berakar pada sejarah, serta berasaskan struktur asas perlembagaan. Artikel ini tidak bertujuan menganalisis secara langsung prinsip kedaulatan Kesultanan Melayu Melaka atau Kesultanan Pahang moden, sebaliknya membuka ruang kajian dengan mengemukakan salasilah penggantian Kesultanan Melayu Melaka sehingga sampai kepada Raja Pemerintah Pahang hari ini. Metodologi kajian menggunakan analisis Jurisprudens Watan yang merangkumi kerangka indikator pelestarian kesultanan, pengangkatan Raja, dan pemakzulan Raja. Kerangka ini amat penting dalam menilai maklumat sejarah yang bercanggah, khususnya mengenai pemerintah sebenar Negeri Pahang antara tahun 1614 dan 1641. Dapatan kajian membuktikan bahawa Negeri-Negeri Melayu, khususnya Kesultanan Pahang sebagai salah satu pendiri Persekutuan Tanah Melayu, mempunyai kaitan langsung dengan Kesultanan Melayu Melaka yang tidak terputus sehingga kini. Hal ini menegaskan bahawa adat Melayu berfungsi sebagai benteng perundangan yang memastikan kesinambungan kedaulatan Raja dalam kerangka negara bangsa Malaysia.
| Item Type: | Article (Meeting Abstract) |
|---|---|
| Subjects: | K Law > K Law (General) K Law > K3165 Constitutional Law |
| Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) |
| Depositing User: | Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Hashim @ Wan Husain |
| Date Deposited: | 04 Mar 2026 10:06 |
| Last Modified: | 04 Mar 2026 10:06 |
| Queue Number: | 2026-03-Q2426 |
| URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/127702 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

Download Statistics
Download Statistics