IIUM Repository

Senandung kita beraja di Perak: sajak-sajak sekeluarga nukilan kumpulan trio penulis Lubis

Lubis, Muhammad Bukhari and Lubis, Firuz Akhtar and Ahmad Safian, Nursafira (2025) Senandung kita beraja di Perak: sajak-sajak sekeluarga nukilan kumpulan trio penulis Lubis. Penerbit UnisZA, Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia. ISBN 978-629-7804-18-7

[img] PDF (Book) - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (3MB) | Request a copy

Abstract

Projek pertama kami, Pelangi Kesusasteraan Islami: Menyingkap Khazanah Melayu Arab Parsi Turki, yang terdiri daripada 30 buah esei, berjaya diterbitkan oleh Penerbit Universiti Islam Malaysia (USIM) pada tahun 2024. Buku tersebut memang luar biasa dari segi kandungannya. Karya yang dianggap sebagai perintis dalam sejarah persuratan Islami di Malaysia (juga di Alam Melayu) itu sebenarnya menyerlahkan “sejarah kepengarangan penulis” dalam dunia akademik mereka. Sementara pengarangnya juga istimewa, “Kumpulan Trio Penulis Lubis” yang terdiri daripada ayahanda / nenda (Muhammad Bukhari Lubis), anakanda (Firuz Akhtar Lubis), dan cucunda (Nursafira Lubis Safian). Meskipun mereka lebih dikenal sebagai sarjana dan ilmuwan, namun kerana bidang utama yang mereka tekuni selama ini, mereka juga dengan sendirinya terdorong untuk mencipta sajak. Memang mereka ada menulis sajak dari semasa ke semasa, sejak mengikuti kuliah di peringkat universiti. Sebagai “projek kedua”, Kumpulan Trio Penulis Lubis ini mengumpulkan sajak-sajak mereka yang terhasil selama ini. Akhirnya mereka menghimpunkan sajak-sajak terpilih mereka ke dalam antologi yang berjudul Senandung Kita Beraja di Perak (SKBP). Alhamdulillah. Antologi yang disumbangkan oleh tiga orang cendekiawan – penyair mengetengahkan 55 kuntum sajak yang menyentuh pelbagai tema dan perkara. Masing-masing dengan kehalusan perasaan (sensitiviti) nya; apabila berkesempatan, akan turut memperkatakan apa sahaja hal perkara, baik di dalam mahupun luar negara. Satu yang penting dicaknakan, jika sajak itu disertakan dengan tarikh penciptaannya, patut diambil kira untuk menghayati tanggapan keseluruhan sesebuah sajak. Salasilah keluarga Rizi S.S., Fafa S.S. dan S.S. Lubis adalah dari suku bangsa Mandailing (dari Sumatera Barat), bermarga (subsuku bangsa) Lubis.

Item Type: Book
Additional Information: 8366/127126
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
P Language and Literature > PN Literature (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Arabic Language and Literature
Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences
Depositing User: DR. NURSAFIRA AHMAD SAFIAN
Date Deposited: 29 Jan 2026 12:19
Last Modified: 29 Jan 2026 14:53
Queue Number: 2026-01-Q1879
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/127126

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year