IIUM Repository

The concept of self-healing: a comparative integration between al-Imam al-Ghazali and contemporary psychology

Mohamad Hamidi, Ainul Syakirah and Alosman, Abdulrahman (2025) The concept of self-healing: a comparative integration between al-Imam al-Ghazali and contemporary psychology. JURNAL AL-HIKMAH: THE JOURNAL OF ISLAMIC DA’WAH, 1 (2). pp. 12-24. ISSN 2462-1242

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (562kB) | Preview

Abstract

Peningkatan isu kesihatan mental global menuntut pendekatan holistik yang merangkumi dimensi psikologi dan spiritual. Psikologi moden memperkenalkan konsep self-healingsebagai proses pemulihan kendiri berasaskan kesedaran kognitif dan kawalan emosi. Sebaliknya, Islam melalui gagasan tazkiyah al-nafsoleh al-Imām al-Ghazalidalam Iḥyā’ ‘Ulūm al-Dīnmenekankan penyucian jiwa berasaskan pergantungan kepada Allah SWT dan pengukuhan amalan rohani. Kajian ini bertujuan membandingkan kedua-dua paradigma bagi memahami asas falsafah, matlamat dan sumber penyembuhan yang membentuk kesejahteraan insan. Kajian ini bersifat kualitatif menggunakan analisis dokumen terhadap teks klasik Islam dan sumber psikologi moden. Pendekatan analisis tema digunakan untuk mengenal pasti konstruk utama, mekanisme penyembuhan dan asas epistemologi dalam kedua-dua kerangka. Analisis menunjukkan bahawa kedua-dua pendekatan menekankan kesejahteraan dalaman dan keseimbangan emosi, namun berbeza dari segi orientasi epistemologi. Self-healingberteraskan autonomi kendiri, latihan kognitif dan teknik pengurusan emosi seperti T.H.I.N.K, P.L-E.A.S.E dan A.B.C., manakala tazkiyah al-nafsal-Ghazalimenekankan mujāhadah al-nafs, riyāḍah al-nafs, solat, zikir, taubat dan qiyām al-laylsebagai mekanisme pemurnian hati. Kesimpulannya, self-healingmemperkukuh daya tahan psikologi melalui keupayaan kendiri, manakala tazkiyah al-nafsmenegakkan kesejahteraan spiritual berasaskan kesedaran ketuhanan. Integrasi kedua-dua pendekatan menawarkan model kesejahteraan psikospiritual yang menyeluruh, mengimbangi usaha manusia dengan pergantungan kepada Ilahi. Kajian ini terhad kepada analisis konseptual; penyelidikan empirikal masa depan disaran menilai keberkesanan model integratif ini dalam konteks pendidikan danterapi Islam

Item Type: Article (Journal)
Subjects: R Medicine > RZ Other systems of medicine > RZ400 Mental healing
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Arabic Language and Literature
Depositing User: Dr Abdulrahman Alosman
Date Deposited: 26 Jan 2026 02:49
Last Modified: 26 Jan 2026 02:49
Queue Number: 2026-01-Q1789
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/126752

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year