Jaafar, Noornajihan and Muhamad, Nurul Asiah Fasehah and Ramlan, Nadiah and Sawai, Rezki Perdani and Abd Razak, Amnah Zanariah and Mohd Marzuki, Zunaidah and Abdul Rahim, Zati Nazifah (2025) Pendekatan tauhidik dalam pengurusan emosi ibu bapa yang mempunyai anak berkeperluan khas menerusi perspektif Risālah al-Nūr = A tawhidic approach to emotional management of parents with special needs children through the perspective of Risālah al-Nūr. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 10 (79). pp. 716-731. E-ISSN 0128-1755
|
PDF
- Published Version
Restricted to Repository staff only Download (426kB) | Request a copy |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meneliti konsep pengurusan emosi keibubapaan anak berkeperluan khas menerusi perspektif Risālah al-Nūr dengan memberi fokus kepada dimensi spiritual dan nilai Islam yang diketengahkan oleh Imām Badi‘uzzamān Sa‘īd Nursī. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah analisis dokumen terhadap kandungan kitab Risālah al-Nūr. Hasil analisis mendapati bahawa pengurusan emosi keibubapaan dapat dibangunkan melalui tiga kerangka utama: tafakkur (refleksi), ta’ammul (cara mengurus emosi), dan istiqāmah (peneguhan). Tafakkur membantu ibu bapa melakukan refleksi rohani dalam memahami hakikat dan hikmah ujian. Ta’ammul melibatkan pengurusan emosi secara reflektif dan penilaian rohani terhadap ujian, manakala istiqāmah menekankan aspek konsistensi dalam memperkukuh keimanan dan kestabilan emosi. Ketiga-tiga komponen ini saling melengkapi sebagai strategi pengurusan emosi yang berpaksikan kerohanian Islam. Diharapkan dapatan kajian ini dapat memberi sumbangan kepada bidang psikologi Islam dan menawarkan perspektif baharu berasaskan Risālah al-Nūr dalam memperkukuh kesejahteraan emosi dan kerohanian keluarga khususnya yang mempunyai anak berkeperluan khas.
Actions (login required)
![]() |
View Item |

Download Statistics
Download Statistics