IIUM Repository

Tanggungjawab ASEAN terhadap krisis penyakit berjangkit dan perubahan iklim

Jainlabdin, Mohd Hanif and Wan Usamah, Wan Amirah and Mohamad Radzi, Nurhaslina (2025) Tanggungjawab ASEAN terhadap krisis penyakit berjangkit dan perubahan iklim. Dewan Kosmik, 33 (12/2025). pp. 10-13. ISSN 0128-6579 E-ISSN 2785-8669

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (7MB) | Request a copy

Abstract

Perubahan iklim membawa ancaman baharu yang semakin mendesak terhadap kesihatan awam global. Peningkatan suhu bumi, perubahan corak hujan dan kejadian cuaca melampau yang kian kerap meningkatkan pendedahan manusia kepada pelbagai risiko kesihatan. Laporan Panel antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (IPCC) pada tahun 2022 menjelaskan bahawa peningkatan suhu global mewujudkan kesan langsung terhadap kesihatan manusia. Pendedahan berpanjangan kepada suhu yang tinggi meningkatkan risiko morbiditi dan mortaliti berkaitan dengan haba, terutamanya dalam kalangan warga emas, kanak-kanak serta individu yang mempunyai penyakit kronik. Selain kesan haba, perubahan iklim turut mempercepat penularan penyakit bawaan makanan, air dan vektor. Persekitaran yang semakin panas dan lembap mewujudkan keadaan yang sesuai bagi pembiakan pathogen dan organisma pembawa penyakit, lalu menjadikan ancaman terhadap kesihatan awam semakin ketara di seluruh dunia.

Item Type: Article (Magazine)
Subjects: R Medicine > RA Public aspects of medicine
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Nursing
Kulliyyah of Nursing > Department of Basic Medical Sciences for Nursing
Institute of Planetary Survival for Sustainable Well-Being (PLANETIIUM)
Depositing User: Dr Mohd Hanif Jainlabdin
Date Deposited: 24 Jan 2026 22:15
Last Modified: 24 Jan 2026 22:15
Queue Number: 2026-01-Q1756
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/126716

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year