IIUM Repository

Tahap pengetahuan mahasiswa jurusan Sains Politik terhadap istilah diplomasi dalam Bahasa Melayu

Syed Mohd Suhaimi, Syed Ismail Idlan Aidid and Suhaimi, Mohamad Suhaizi (2025) Tahap pengetahuan mahasiswa jurusan Sains Politik terhadap istilah diplomasi dalam Bahasa Melayu. Journal of Techno-Social, 17 (2). pp. 24-34. ISSN 2229-8940 E-ISSN 2600-7940

[img]
Preview
PDF
Download (434kB) | Preview

Abstract

Urusan diplomatik kini melibatkan rakyat yang ingin mengetahui perkembangan hubungan Malaysia dengan negara lain serta isu-isu antarabangsa. Kerajaan sering mengeluarkan kenyataan rasmi dalam dua bahasa, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris ke pelbagai medium. Istilah-istilah diplomatik mesti diterjemahkan dengan tepat ke dalam bahasa Melayu untuk pemahaman rakyat. Objektif pertama kajian ini ialah mengenal pasti istilah-istilah diplomasi dalam bahasa Melayu. Selain itu, kajian ini juga ingin menganalisis tahap pengetahuan pelajar jurusan Sains Politik terhadap istilah diplomasi dalam bahasa Melayu. Kajian ini menggunakan kaedah campuran yang terdiri daripada kaedahkualitatif dan kuantitatif. Borang soal selidik digunakan dalam kajian dan disebarkan secara dalam talian kepada para responden. Hasil dapatan menunjukkan bahawa tahap pengetahuan para pelajar terhadap istilah diplomasi dalam bahasa Melayu pada tahap yang sederhana. Hal ini demikian kerana, penggunaan istilah-istilah ini amat terhad dan sering digunakan dalam situasi formal. Oleh itu, pendedahan istilah ini dalam bahasa Melayu tidak begitu meluas dalam kalangan rakyat serta perlu diberi perhatian oleh semua lapisan masyarakat.

Item Type: Article (Journal)
Subjects: J Political Science > JA Political science (General)
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages
Depositing User: DR MOHAMAD SUHAIZI SUHAIMI
Date Deposited: 31 Dec 2025 09:38
Last Modified: 31 Dec 2025 09:38
Queue Number: 2025-12-Q1500
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/126665

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year